phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

SENI SILAT 24 JAM TANPA HENTI CIPTA REKOD




Bersilat 24 jam tanpa henti

SERI ISKANDAR - Perhimpunan Pertubuhan Seni mempertahankan diri Perak Aman Jaya 2012 pada Sabtu lalu, menjayakan aksi mempertahankan diri termasuk silat selama 24 jam tanpa henti dianggap pencapaian terbaik anak muda negara.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri Perak bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak itu turut dicatatkan dalam Guinness World of Records.

Exco Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, aktiviti itu bermula sejak jam 9 pagi Sabtu hingga 9 pagi Ahad dengan iringan kumpulan gendang yang turut mencatat nama dalam Guinness World of Records.

Menurutnya, pencapaian membanggakan itu juga adalah tanda sokongan semua ahli seni mempertahankan diri daripada pelbagai bangsa yang menjayakan bersama program itu.

“Saya juga cukup berbangga dengan pencapaian pesilat Pertubuhan seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) kerana tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan misi ini termasuk pesilat berumur tiga dan enam tahun yang menyertainya,” katanya.

Kata beliau, kejayaan itu sekali gus memecahkan rekod PPSLM yang dilakukan tahun lalu iaitu bersilat selama 10 jam di Taman Tasik Titiwangsa.

Jelasnya, perhimpunan itu disertai lebih 400 ahli mempertahankan diri pelbagai peringkat usia yang beraksi tanpa henti dengan membuat jurus asas dan diikuti selingan seni tempur dan buah pukulan di dalam silat.


SUMBER SINAR HARIAN PERAK






Seni silat 24 jam tanpa henti cipta rekod

15/04/2012 5:51pm

SERI ISKANDAR — Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri Perak Aman Jaya menempa nama dalam ”Malaysia Book of Records (MBR)” bagi program Persembahan Seni Silat dan Gendang Silat Tanpa Henti Selama 24 Jam.

Program bermula pukul 9 pagi semalam disertai 400 belia pada perhimpunan tersebut dari lapan kumpulan gendang, 20 persatuan silat dan enam persatuan silat jemputan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Persembahan seni silat itu merupakan rekod baru dan berjaya mengatasi rekod yang dipegang oleh Persatuan Seni Lincah selama 10 jam pada Mei tahun leps.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyampaikan sijil berkenaan kepada pertubuhan itu selepas persembahan berakhir pada pukul 9 pagi tadi.— BERNAMA

SUMBER KOSMO

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_23.htm
































































































































































VIDEO PERSEMBAHAN SILAT/GENDANG SILAT 24JAM
VIDEO DARI SAUDARA YUSUF YAACUB



0 comments: