phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

HANG NADIM BIN HANG JEBAT

HANG NADIM BIN HANG JEBAT

Nama asal beliau ialah Nadim Bin Jebat di lahir kan pada tahun 1436M di Pulau Besar Melaka. Bapa nya ialah Hang Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapa nya dibunuh, ibu nya melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu Pulau Besar. Penduduk Pulau itu banyak yang berketurunan Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun 1420M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai, Kelantan/Cermin dan Jeddah datang. Pada tahun 1495M rombongan Ulama Pasai yang di ketuai Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46 orang, iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki, kebanyakan nya adalah Ulama.

Setelah lahir Hang Nadim, beliau di serahkan kepada Hang Tuah untuk di didik. Anak yatim ini di didik olih Hang Tuah seperti anak nya sendiri. Hang Tuah juga ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna. Ketiga mereka ini di didik dengan ilmu ugama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih dan Pulau Besar. Mereka di hantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid Thanauddin wafat pada tahun 1510M dan makam nya ada di Pulau Besar. Setelah dewasa Hang Nadim di kawinkan dengan Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana Melaka. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana di serah kan kepada Laksamana Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi Laksamana jawatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.

Pada tahun 1510M satu peristiwa fitnah besar yang dahsyat berlaku. Pada khianat orang Tamil Muslim terjadinya Pembunuhan 4 orang Pembesar Melaka iaitu;

1- Bendahara Tun Mutahir.
2- Temenggung Tun Hasan anak Bendahara Tun Mutahir.
3- Tun Ali, menantu/anak saudara Bendahara Tun Mutahir.
4- Seri Nara DiRaja, Abang Bendahara Tun Mutahir /Besan beliau.

Selepas peristiwa ini Laksamana Khoja Hasan pula dipersalahkan kerana tidak siasat hal yang sebenar. Khoja Hasan dipecat dan dihalau dari Melaka. Laksamana Khoja Hasan balik ke Pasai dan menuntut lagi ilmu ugama. Beliau ialah anak Ulama yang mentafsir kan kitab Daru’il Mazlum iaitu Maulana Sayyid Ibrahim Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail ialah bapa kepada Maulana Malik Ibrahim. Maulana Malik Ibrahim ialah KETUA WALI SONGO juga dikenali juga dengan SUNAN MAGHRIB. Nama sebenar Laksamana Khoja Hasan ialah Maulana Sayyid Fadillah. Dikatakan beliau lah yang menewaskan Portugis dan membuka Pelabuhan Sunda Kelapa menjadi JAYAKARTA atau JAKARTA.

Setelah jawatan Laksamana kosong, jawatan ini di berikan kepada Hang Nadim. Dimasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511M, beliau lah Laksamana Angkatan Laut Melaka. Pada masa itu Melaka mempunyai 100,000 orang tentera dan ada 3000 pucuk meriam. Kekalahan tentera Melaka ini bukan disebabkan KEKUATAN TENTERA PORTUGIS, tetapi kerana ada pembelot dari kalangan orang Cina, Tamil Muslim dan segelintir pedagang Jawa. Orang orang ini menjadi pedagang di Melaka dan konon nya TIDAK PUAS HATI KE ATAS CUKAI YANG DI KENAKAN. Pada permulaan Perang, Portugis hampir kalah akan tetapi Ketua Orang Jawa iaitu Utimur Raja menjadi pembelot dengan memberitahu kelemahan dan PETA Kota Melaka. KOTA MELAKA bukan A FORMOSA. Kota Melaka di dirikan oleh Tun Perak, dari kawasan Kota A Formosa terus ke Limbungan bawa ke Durian Daun bawa ke Semabok dan terus ke Bukit Senjuang dan terus ke Banda Hilir. Kota Melaka yang asal menutup satu bandar Melaka. Di Dataran Pahlawan, dulu nya laut, masih ada lagi sisa sisa Kota Melaka. Mesti diingat A Formosa ialah KOTA PORTUGIS bukan Kota Melaka.

Setelah Melaka kalah, Sultan Dan pembesar Melayu lari ke Pagoh. Masih ada lagi tinggalan mereka di Pagoh, Segamat. Dari Pagoh mereka menyerang Portugis kembali.Tentera Portugis menghancurkan Pagoh dan Sultan Mahmud lari kearah Kota Seluyut dalam Daerah Kota Tinggi. Serangan tetap di buat ke Melaka di ketuai Tun Biajid dan Laksamana Hang Nadim. Tun Biajid lari ke Pasai kemudian ke Patani dan kemudian ke Pahang. Pada akhir Tun Biajid, beliau menetap disatu tempat di Pahang. Laksamana Hang Nadim pula mengikut Sultan Ke Johor. Tun Guna bin Hang Tuah meninggal dunia semasa serangan Portugis di Kota Bentayan, Pagoh. Laksamana Hang Nadim banyak berkhidmat dengan banyak Sultan Melaka dan Johor, seperti Sultan Mahmud 1, Sultan Ahmad Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah 2 (Sultan Johor 1), Sultan Alaudin Riayat Syah 3. Beliau juga yang membina Kota Bintan dan juga Makam Tauhid di Kota Tinggi. Selepas mendirikan Makam Tauhid beliau “GHAIB HILANG” seperti juga riwayat Hang Tuah.

Dimasa itu Sultan Johor ialah Sultan Abdul Jalil Ali Munghayat Syah. Bendahara nya ialah Tun Seri Lanang. Dikatakan oleh orang-orang tua dahulu kala Makam Laksamana Hang Nadim berda di Pulau Besar di samping makam bonda dan ayahandanya tapi sukar dibuktikan. Dulu, kawasan di sekeliling Keramat Tempayan Pecah memang ada makam lama dan tidak diketahui siapa yang dikuburkan disitu. Tetapi sangat sayang sekali, sekarang makam kuburan ini telah di ratakan untuk membuat padang golf.

Akan tulisan didalam kitab Sulalatus Salatin, Sejarah Kesultanan Johor dan Sejarah Melayu dan Bugis boleh dirujuk. Ungkapan “Hang” adalah gelaran pangkat kebesaran yang di beri oleh Sultan Mansor Syah kepada Hang Tuah dan 7 orang lagi sahabat nya di ketuai oleh Tun Bija Sura.

Ini versi ke dua dari cerita riwayat Hang Nadim ada pula versi pertama dan ramai orang maklum adalah kisah Hang Nadim dan Temasik (Singapura) dilanggar ikan todak. Apakah ia orang yang sama atau dua orang yang kebetulan mempunyai nama yang sama.

Persoalannya sekarang dimanakah keturunan anak cucu cicit Hang Tuah dan Hang Jebat..?

sumber dari https://www.facebook.com/mzustazs

11 comments:

  1. Salam PANGLIMA ULUNG - banyak fakta yang saya perolehi drp pendeskripsian panglima - terima kasih - walau bagaimanapun - sembang2 mengenai warisan HANG TUAH ini boleh dilakukan bersama EN KHALID HUSSEIN di talian HP : 017-394 8854 - PENGERUSI PERSATUAN SEJARAH DUYONG - wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Syed jamadil kubro tu bukankahberkahwin dgn kaum kerabat raja kelantan yg nelahirkan wali sembilan

    ReplyDelete
  3. Masjid kg laut ada di kelantan yg sama bentuk dgn masjid demak

    ReplyDelete
  4. Apa sumber rujukan article ini bagi mensahihkan "sejarah" awak?

    ReplyDelete
  5. Salam..sy dr keturunan salasilah dan leluhur dr hang jebat..hasil dr amatan dan pcarian sekian lama shingga saat ni umur 37 thn .. dlm proses mnuntut dan mnimba pgtahuan jagat

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. ๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ... ๐˜ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ช ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ '๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข²' ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ด๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ (๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ง๐˜ช๐˜ฌ). ๐˜ˆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ต๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด๐˜ข ๐˜”๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ถ!

    ReplyDelete
  8. Terima kasih banyak ilmunya kak, sangat membantu saya yang sedang meneliti tugas akhir ❤️

    ReplyDelete
  9. Tahun lahir sini Salah sebenarnya....Yg tepat: Hang Tuah lahir tahun 1432. Hang tuah lahir tahun 1436. Hang Tuah adalah yg paling tua dikalangan sahabat2nya. Waktu 1511, umor Hang Tuah sudah 79 tahun Maka dia tak lagi Laksamana hanya setakat seorang diplomat. Yg ambil alih ialah Khoja. Hanya selepas melaka jatuh, mereka lari ke Singapura utk bertemu dgn rombongan kapal2 Hang Tuah dan regroup utk merancang APA yg patut dilakukan utk Serang Melaka. Maka Hang Nadim terpaksa dilantik sebagai Laksamana. Hang Nadim bukan tahun 1436 lahirnya, sbb itu akn akibatkan dia setua ayahnya dan terlalu tua utk memimpin sebagdi Laksamana. Ingat Laksamana Hang Nadim ialah seorang muda yg sudah berumajtangga apabila Melaka jatuh

    ReplyDelete
  10. AnonymousFebruary 19, 2024 at 7:52 PM
    Tahun lahir sini Salah sebenarnya....Yg tepat: Hang Tuah dilahirkan tahun 1432. Hang Jebat lah yg dilahirkan tahun 1436. Hang Tuah adalah yg paling tua dikalangan sahabat2nya. Waktu 1511, umor Hang Tuah sudah 79 tahun Maka dia tak lagi Laksamana hanya setakat seorang diplomat. Yg ambil alih ialah Khoja. Hanya selepas melaka jatuh, mereka lari ke Singapura utk bertemu dgn rombongan kapal2 Hang Tuah dan regroup utk merancang APA yg patut dilakukan utk Serang Melaka. Maka Hang Nadim terpaksa dilantik sebagai Laksamana. Hang Nadim bukan tahun 1436 lahirnya, sbb itu akn akibatkan dia setua ayahnya dan terlalu tua utk memimpin sebagdi Laksamana. Ingat Laksamana Hang Nadim ialah seorang muda yg sudah berumajtangga apabila Melaka jatuh

    ReplyDelete
  11. Maaf ๐Ÿ˜ Kita kena tepat Dari segi umor orang sbb mereka adalah org2 yg Kita patut sanjung. Juga memang tak benar yg Hang Jebat dan Hang Tuah bermusohan...itu fitnah belaka, malahan Hang Tuah yg selamatkan Jebat apabila pegawai Istana iri dan cemburu dgn Jebat, Tuah seludup keluar Jebat dgn helah kononnya Jebat cedera Maka Jebat diselubung tutop Oleh kain sembunyikan Jebat supaya Jebat dpat lari apabila tak kelihatan org sekeliling. Selepas 1511 Tuah dan Jebat hidup ke Hari tua sbb keluarga masing2 eratdn anak Jebat mengahwini anak Tuah...jadi jgn terpedaua dgn hasutan fitnah yg asal Dari bangsa dan budaya luar lebih lagi Cina dan India yg coba nak kelirukan masyarakat serumpun sbb mereka Ada agenda lain utk meraih kekayaan rantau.

    ReplyDelete