Sejarah
SEJARAH PERSILATAN MELAYU DALAM KITAB PUSAKA
SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG
VERSI BACKGROUND PUTIH
VERSI BACKGROUND PUTIH
KLIK DISINI
SEJARAH PERSILATAN
MELAYU DALAM KITAB
PUSAKA
Adapun mengikut hikayat persejarahan lama
dalam kitab khazanah persilatan Melayu
di Tanah Melayu, Kitab Pusaka Sri Gayong Panglima
Ulung ada menyebut tentang sejarah Silat Melayu Tanah Melayu adalah dibawa
daripada amalan Ulama Sufi Islam dari benua Arab. Adapun tokoh utama mereka ada
dua orang, walaupun yang lain tidaklah ditonjolkan nama mereka itu kerana
mereka berdua itu dan rombongan adalah Ketua Panglima Besar Islam dan sahabat
Rasulullah S.A.W yang datang ke Tanah Melayu melalui dua jalan utama dunia
perdagangan antara Dua Benua, iaitu Benua Timur Tengah dengan Benua Asia
(Sebelum dibuka terusan Suez). Adapun
mereka berdua itu bernama Panglima Saad. Satu yang melalui jalan pelayaran laut
melalui Laut Arab, Tanjung Pengharapan dan Gujerat India/ Serindib (Sri Lanka),
datang dari Habsah bernama akan dia
Panglima Saad bin Lubaid. Kerana Hubungan Dagangan Utama dengan Canton
di Tenggara di China, Tanah Melayu telah menjadi persinggahan penting
ditengah-tengah perjalanan dan utama jalan antara Arab-China.
Walaupun Kerajaan Melayu Melaka belum
dibuka oleh Parameswara (Megat Iskandar Syah)
dari Palembang, tetapi kerajaan Melayu tua telah
wujud di beberapa tempat di sebelah utara iaitu Langkasuka, Patani ( Selatan
Thailand), Bruas/ Manjung (Gangga Negara) di Perak, Kelantan Tua (Tanah Merah)
dan Terengganu Tua (Besut/ Setiu). Di Melaka, walaupun masih belum wujud
kerajaan tetapi telah ada perkampungan nelayan orang Melayu dan menjadi
persinggahan perahu dan kapal layar penduduk tempatan, Nusantara dan pedagang
antara Arab-China. Pedagang Islam membawa barangan daripada benua Asia untuk dijual
di pasaran Eropah oleh Orang Itali. Tanah Melayu telah menjadi popular
dikalangan orang Arab, China, India dan Nusantara sebelum kerajaan Melayu
Melaka lagi. Adapun kedatangan Panglima Saad menyebarkan Islam ke alam
Nusantara sehingga China pada abad ke-5 dan 6 Masihi. Ramai dikalangan mereka
aliran mazhab Maliki. Orang-orang melayu di Perkampungan Nelayan mula tertarik
dengan peribadi mulia dan persahabatan mulia rombongan Arab dan mula menganut
Islam, walaupun kebanyakan pemimpin dan ketua negara mereka masih belum
menerima Islam. Orang-orang Melayu mula mempelajari Islam dan amalan
kerohanian/ kesufian daripada mereka itu secara bersembunyi-sembunyi.
Kedua-dua Panglima Islam r.a mendidik
mereka tentang ilmu mempertahankan diri
sebagai persiapan mereka ke arah berkerajaan dan bernegara untuk masa
akan datang.
Sementara di negara China pula orang
China Islam dikenali sebagai
“Hui-Hui”/ “Hwei Hwei” / “Ta- Shih”. Tempat
pengajian dan tarbiah agama ini berlaku di Tanah Melayu di “Lima Pulau” yang
disebut oleh orang China Islam sebagai “Wushu”. Orang Melayu Islam dari Tanah
Melayu, Orang Islam dari India, Orang Islam China dan orang-orang dari benua
arab berulang –alik ke “lima pulau” di
Tanah Melayu sebagai tempat pendidikan awal. Dengan ajaran kerohanian/ kesufian
ini dan seni mempertahankan diri ini di
Tanah Melayu dikenali sebagai ilmu Persilatan atau ilmu “Gayong”. Ramai di
kalangan pelajar ini menjadi Pendekar atau tentera kepada kerajaan Melayu.
Orang China Islam memanggil ilmu perang “Wushu”. “Wu” bermaksud “Lima” dan
“Shu” bermaksud “ Pulau-pulau”. Lima buah pulau menjadi pusat operasi
pengembangan ilmu itu ialah: 1. Pulau Besar, 2. Pulau Serimbun, 3. Pulau
Lalang, 4. Pulau Burung dan 5. Pulau Hanyut di hadapan Tanah Besar (Melaka).
Berdasar kepada pedoman yang dinyatakan dalam pusaka tua ini, ianya berlaku
antara tahun-tahun 53-54H/620-676
Masihi. Pada masa ini China berada di bawah pemerintahan Dinasti Tang
(618-905M). Pada masa Dinasti Tang, pelayaran dan perdagangan orang China sudah
sampai ke Teluk Parsi melalui Jalan Utama perdagangan di Tanah Melayu sekitar
abad ke5-7Masihi. Penduduk di “Lima Pulau” adalah daripada pelbagai wilayah di
Tanah Melayu lain seperti . Orang Melayu Tanah Melayu selain belajar di “Lima
Pulau” juga membawa bahan-bahan untuk dagangan. Mereka itu dari Besut/ Setiu
dan Batu Rakit dari pelabuhan kerajaan Terengganu Tua, dari kerajaan Patani dan
Kelantan Tua, dari Pulau Pangkor/ Lumut
dari kerajaan Bruas/ Manjung di Perak, dari Muar (Johor-Riau Lingga), dari
Kerajaan Langkasuka dan Kedah Tua, dari Palembang, Perlak-Pasai, dan lain-lain.
Sesuai dengan sistem jalan laut sebagai
jalan perhubungan utama,
Ilmu Gayong disebar luas oleh orang-orang laut yang
menjadi kelasi kapal dagang. Persilatan atau ilmu Gayong yang dikembangkan di
pesisir pantai Tanah Melayu ikut aliran kesufian tempatan berunsur Burung/ dan
hidupan air seperti Gayong Helang/ Rajawali/ Layang-layang/ Naga/ Jala (Silat
Pulut/Pengantin)// Ikan Pari-pari dan
lain-lain. Bagi penduduk di kawasan darat dan tanah tinggi pula ilmu kegayongan
yang popular ialah Gayong Harimau, Ular, Singa, Helang Putih, Helang Merah,
Cencadak (disebut Sudu Senu di Kelantan , Terengganu: Besut/ Setiu), Halilintar
dan lain-lain.
Setelah orang Maharaja China pada masa Dinasti Tang menjalankan dasar buka
pintu kepada pedagang asing, Orang Melayu pedagang
disebut “Kiwi” bersama dengan Ulama’ Arab menduduki petempatan di Tenggara
China di Kwang Chow (Canton), Chang Chow dan Chuan Chow. Ahli pelayaran Melayu
yang mashor disebut Panglima Awang / Awang Dagang dari Terengganu.
Mengikut sejarah Islam di China, sejak
Hidup Rasulullah S.A.W iaitu pada tahun 619/ 620 Masihi,
Rasulullah S.A.W telah izinkan 101 muslimin dan
muslimat berhijrah ke Habsyah di ketuai oleh Panglima Saad bin Lubaid. Kemudian
Panglima Saad mengikut kapal belayar ke China (Canton) pada 630/ 631M untuk menyebarkan agama Islam.
Beliau dan rombongan telah singgah di Tanah Melayu sebelum ke Canton. Makam/
kubur Saad bin Lubaid terdapat di perkarangan Masjid di Kwang Tah Se di Canton.
Disebut orang juga sebagai Saad bin Lubaid al-Habsyi yang pembantunya bernama
Yusuf. Selain di Tanah Melayu mereka mengembangkan Islam di Chuan Chow, Chang
Chow dan Canton. Mereka telah mendirikan Masjid di Canton iaitu Masjid Kwang
Tah Se dan Masjid Chee Lin See.
Orang Melayu yang beragama Islam yang
berhijrah ke China ada yang berkahwin
dengan orang tempatan dikenali dengan puak
“Hui-Hui” dan “Ta-Shih Kueh” dan “P’o-Si” iaitu keturunan Melayu-Arab-Parsi.
Puak-puak ini bergabung pula dengan puak-puak China Islam seperti “Hui-Chi”,
Ching Jen dan Ch’ing Jen Jiao. Ilmu persilatan Melayu atau “Gayong” di China
dikenali sebagai “Wushu”. Ilmu ini berkembang bersama dengan konsep setiap
orang Islam itu bersaudara melaui kahwin campur. Golongan pelayar dan pedagang
Melayu yang mengikuti pelayaran Ulama’ Sufi Arab, Parsi dan India
Gujerat/Cambay telah menyebarkan ilmu persilatan atau “Gayong” dikalangan
orang-orang China Islam. Mereka para ahli pelayaran/ pedagang ini diberi
kebenaran membuka perkampongan di Canton. Kelompok Melayu dan orang-orang Islam
telah berkembang pesat di China sehingga dikenali dengan beberapa puak lagi
seperti Da’-Syman, Mu-Su-Lu-Man dan Bu-Syu-Man.
Panglima Islam yang melalui jalan darat,
Jalan Sutera Lama
melalui Khurasan, Samarqand, Sinkiang dan terus ke
Peking, seterusnya belayar ke Tanah
Melayu di Kerajaan Terenganu Tua (Besut/Setiu), kira-kira tahun 675Masihi.
Panglima Islam ini telah meruntuhkan Dinasti Sassamiyah, Dinasti Parsi (kafir)
terakhir dibawah pemerintahan Yezdegird III (632-651M). Islam telah menakluki
Parsi pada 634-641M. Firuz (Pi-lu-su) anak Yezdegird dapatkan bantuan Maharaja
Kao Tsung (627-650M) seterusnya menyerang Khurasan pada 651M tetapi
pemberontakan itu telah dipatahkan oleh tentera Islam pimpinan Ahnaf bin Kais
al-Tamimi. Firuz lari ke China. Akibat campurtangan China ke atas Kerajaan
Islam Parsi, Khalifah Uthman Al-Affan R.A telah menghantar satu misi
ketenteraan ke Changan kerana membantah bantuan China kepada Firuz. Ketua
Rombongan itu ialah sahabat Rasulullah S.A.W, Saad Abi Waqas. Setelah melarikan
diri dari Serangan tentera Islam, Firuz berkhidmat sebagai Kapten Pengawal
Maharaja China pada tahun 674M. Kedatangan Rombongan Panglima Saad bin Abi
Waqas juga diterima baik oleh Maharaja China dan Islam dibenarkan
disebar-kembang di negara China. Justeru itu Saad Abi Waqas tidak menyerang
negara China tetapi sebaliknya belayar ke Tanah Melayu kira-kira pada 675Masihi
ke Besut/ Setiu Terengganu melalui
pelabuhan Batu Rakit dan di “Lima Pulau”
mengembangkan ilmu Islam dan siasah-perang.
Beliau pulang kembali dan Saad Abi Waqas ke rahmatullah/wafat pada
55H/bersamaan 677/678M di makamkan di Madinah.
Ramailah orang Melayu Terengganu menganut
Islam sehingga
wujud satu Legenda Ilmu Perang “Tok Syeikh Serban
Kuning dan Tok Syeikh Serban Hijau” di Besut/ Setiu di Terengganu.
Pada masa perkembangan Islam dibawah
Khalifah Umaiyyah,
Rombongan Islam juga sampai di Tanah Melayu.
Persilatan pada masa itu dikenali sebagai Kumpulan Gayong “Semutar Putih” dan
kumpulan ini bersama-sama rombongan Umaiyyah ke negeri China di kenali sebagai
Puak “Ta-Shih” kerana mereka berjubah putih. Apabila Kejatuhan Kerajaan
Umaiyyah kepada Abassiyah, Tanah Melayu juga mengalami perubahan dengan
kemunculan Pendekar “Semutar Hitam” kerana
panglima Abassiyah berjubah hitam. Pada masa Khalifah Al-Walid (705-715M)
dibawah pimpinan Panglima Qutaybah bin Muslim, orang Melayu juga bersama
menguasai Sinkiang sehingga Kansu, tetapi tidak meneruskan peperangan
sebaliknya menukar strategi diplomatik dengan Maharaja Hsuan Tung (713-756M).
Ketika di bawah pimpinan Panglima Hisyam
bin Abd. Malik (724-743M). Orang Melayu juga mengikuti rombongan Abbasiyah ke
China dikenali sebagai puak “Ta-Shin” atau “Heh-i-Ta-Shih”.
Pada masa pemerintahan Islam Abbasiyyah
(751M) tentera Islam bertembung dengan
tentera
China dibawah pimpinan Kao Hsien-Chih, Tentera Abbasiyyah menang dan seluruh
Asia Tengah dikuasai oleh Islam. Selepas itu, bidang ketenteraan di China pada
masa pemerintahan Kerajaan Dinasti Tang dikuasai oleh orang Islam.
Maharaja
China, Su Tsung (756-763M) yang menggantikan bapanya Hsuan Tsung meminta
bantuan tentera Islam “Wushu” iaitu gabungan Arab-Parsi-Melayu-Cina
Islam dibawah pimpinan Panglima Abu
Muslim (Abbasiyyah) atau disebut Panglima Agong akibat pemberontakan Jeneral An Lu-Shan. Kumpulan Melayu menamakan
mereka para pendekar “Semutar Hitam” di
ketuai oleh “ Panglima Hitam”. Maharaja Su Tsung berjaya menawan kembali kota
Si-ngan-fu (Sianfu) dan Ho-nan-fu (Hananfu) dengan bantuan orang-orang Islam
termasuk kumpulan pendekar “Semutar Hitam”. Mereka ramai kahwin dengan penduduk
tempatan dan tinggal di sekitar Kansu
dan Shensi. Ramailah orang Islam berhijrah ke China termasuklah orang-orang
Melayu pada masa pemerintahan Maharaja Choon pada tahun 814-847M.
Orang-orang Islam di China termasuk
keturunan Melayu telah mengalami detik sejarah hitam
paling pahit apabila terpaksa lari keluar dari
negara China akibat masalah agama dan perkauman di China bila orang-orang Islam
tidak menyertai perayaan Kebesaran China dan Upacara rasmi telah dipolitik dan
propaganda anti asing pada 876M akibat kebangkitan di Tenggara China pimpinan
Hwang Chau. Orang Islam tewas dan melarikan diri daripada serangan orang puak
“Han” ke Tanah Melayu, Palembang dan Campa. Kemudian menjadi titik tolak
perkembangan Islam penyebaran ilmu
persilatan Melayu (Gayong) atau “Wushu”
di Campa (Vietnam) dan Palembang (kemudian meruntuhkan kerajaan Sri Wijaya).
Pada tahun 906M, Dinasti Tang jatuh.
Hubungan dengan orang Islam merosot dan
wujud dinasti-dinasti kecil, tetapi disatukan oleh
Dinasti Sung (960-1279M). Hubungan China dengan orang Islam termasuk dengan
orang-orang Melayu semakin baik. Perdagangan Kemenyam, gaharu, minyak wangi,
buah zaitun, kurma arab, permaidani, gading gajah, minyak atar, batu permata,
mutiara dan pedang kembali menggalakkan. Saudagar Melayu dan Arab kembali
bertapak semula di China. Ketua orang
pedagang Islam di China amat mashur disebut “Pu Shou Keng” keturunan
Arab-Melayu dilantik oleh Maharaja Sun Yu sebagai Pesuruhjaya Cukai dan berjaya
menghapuskan lanun di sekitar perairan Fukien. Namun begitu “Pu Shou Keng”
telah menyokong Kublai Khan menyerang China untuk mengembang kembali Islam di
China. Orang-orang Islam bersatu menjatuhkan Dinasti Sung di Utara untuk
mengangkat puak Genghis Khan (1162-1227M). Namun begitu, bahagian selatan
Sungai Yang Tze masih di kuasai oleh Kerajaan Sung Selatan hingga tahun 1279M.
Apabila tentera Mongol dibawah pimpinan Kublai Khan dengan bantuan orang-orang
Islam “Wushu” telah berjaya menguasai seluruh China dan membentuk Dinasti Yuan
(1279-1368M), ibukotanya di Khanbalik (Sekarang Peking). Masalah timbul bila
cendikiawan China tidak mahu bekerjasama membangunkan kerajaan dibawah Dinasti
Yuan. Kerajaan Yuan terpaksa mempelawa bijaksana Islam dari luar China termasuk
di Alam Melayu untuk membangunkan negara China. 12 orang gabenor beragama Islam
telah dilantik. Ketua Pemungut Cukai ialah Abdul Rahman (1244M). Kublai Khan
telah melantik seorang Menteri Kewangan bernama Syed Umar Syamsuddin di kenali
Syed Ajal atau orang China menyebut Say Dian Chih ( Sai T’ien-Chih). Pada 1259
di angkat menjadi Gabenor wilayah Yunan serta mengislamkan penduduk Yunan. Syed
Umar tadi di gelar Putera Hsien Yang, menerima anugerah tertinggi kerajaan
Yuan. Meninggal dunia pada 1279M. Sebagai mengenang jasa beliau, orang China
telah membina tokong khas.
Seorang lagi tokoh Islam “Wushu” berjasa di China ialah Ahmad
al-Fanaqati
dilantik pada masa Dinasti Yuan sebagai Pegawai
Kewangan, menyebabkan kedudukan kewangan China Mantap. Marco polo pernah
menyebut dalam catatannya, pengaruh Ahmad amat kuat dan dicemburui oleh
pembesar-pembesar China yang lain seperti Chien Hu dan Wan Hu. Ahmad kemudian
dibunuh. Kematian Ahmad memperorak perondakan matawang dan perbendaharaan
Negara China sehingga wang kertas hampir tidak laku sehingga tahun 1311M
percetakan wang kertas diberhentikan. Sebahagian besar tentera Mongol menganuti
Islam dan mempelajari Warisan ilmu “Wushu” termasuk Ahnan Da, Gabenor An Si
beserta 150,000 orang menganut Islam. Panglima Islam “Wushu” yang amat mashor
yang menggantikan Say Dian Chih ialah anaknya, Nasruddin, yang berjaya
mempertahankan Yunan daripada serangan Burma di bawah Raja Narathihapate.
Tentera Burma cuba menceroboh masuk ke Yunan pada 1287M tetapi dapat dikalahkan
oleh tentera pimpinan Nasruddin dan para pendekar “Wushu” di Lembah Vochang.
Tentera Burma ketika itu berjumlah 60,000 orang termasuk tentera bergajah.
Tentera Nasruddin dan pendekar “Wushu” hanya 12,000 orang sahaja. Ahli
teknologi pada zaman Dinasti Yuan ialah Alauddin al-Mufari (A-lao-wa-ting) dan
Ismail al-Syam (I-ssu-ma-yin), pakar membuat meriam termashur kemudian
mengembangkan ke Melayu Campa dan Melayu Patani. Alauddin kemudian dilantik
sebagai wakil Panglima Perang dan Ismail sebagai Ketua penyelia Kilang Meriam.
Seorang pereka cipta takwim China
dikatakan keturunan Melayu iaitu
Wan-Nien-Li
(Wan Nik Li). Takwim itu menjadi takwim rasmi China pada 1281M. Dinasti Yuan
bertahan selama 90 tahun di China.
Rasa tidak puashati kepada orang mongol
telah menyebabkan satu gerakan
pakatan pendekar Islam Wushu dengan rakyat China
tempatan bagi menjatuhkan Dinasti Yuan. Kebangkitan seorang pemuda Islam dari
Wilayah Selatan Sungai Yang Tze dengan bantuan puak Han bagi membolehkan negara
China di perintah oleh orang China sendiri. Tentera Wushu memberontak yang di
sebut sebagai Kebangkitan “Serban Merah” melancarkan jihad dipimpin oleh
pemimpin orang Islam seperti Kok Tze Hin, Chu Yuan Chang, Ratu Ma, Chang Yui
Chong, Hu Dah Hai, Ten Yu, Lan Yui, Mung Ying dan Tang Ho (semua pendekar Wushu
Islam) merupakan zaman kebangkitan orang-orang Islam dipimpin oleh Jeneral dari
Feng Yang dengan nama chinanya Kuo-Tzu-Hsing (Kok Tze Hin). Setelah kematian
Kok Tze Hin, pimpinan disandang oleh anak lelakinya Kok T’iien –Shu, kemudian
menantu angkatnya Chu Yuan Chang (1328-1389M). Chu Yuan Chang keturunan Semu
(Semitik) mengistiharkan dirinya sebagai Maharaja Ming yang pertama dengan
gelaran “Maharaja Hung Wu”. Dinasti Ming adalah dinasti pemerintahan beraja
Islam (Ibrahim T.Y Ma,1979:124-135). Permaisurinya Ratu Ma Hon (1332-1382M)
memang sah Islam berasal dari keluarga
Ma di An Hui, walaupun tidak dijelas secara terperinci oleh ‘ The Cambridge
History of China’ . Ketika berlaku pemberontakan, Putera Chang Chu menentang
anak saudaranya, Maharaja Kien Wen. Cucu
Chu Yuan Chang, iaitu kien Wen telah melarikan diri ke Makkah. Walaupun amalan
confucianisme dibenarkan dalam istana tetapi agama Islam merupakan anutan
keluarga Diraja.
9 orang Panglima Islam Wushu yang bergabung dengan Chu Yuan Chang
ialah;
1. Hsu Tah (1331-1385M)
2. Ch’ang Yu-Chun
(1330-1369M)
3. Li Wen-Chung (1339-1384M)
4. T’ang Ho (1325-1395M)
5. Teng Yu (1336-1377M)
6. Hu Tah-hai (1367M) dari
Ssu Shi
7. Hua Yun (1321-1360M) dari
Huaiyuan
8. Ting The- Hsing (1367M)
dari Ting Yuan, dan
9. Mu Ying (1344-1392M)
(Sumber Yusuf Chang:1988:8-9)
Tindakan awal Chu
Yuan Chang setelah menawan Nanking ialah mendirikan sebuah
masjid jamik dan mencipta sebuah sajak memuji
Rasulullah s.a.w. Masjid itu dinamakan Masjid Chin Juieh (Masjid pencerahan
murni). ‘Ming’ membawa maksud ‘gilang gemilang’ atau terang benderang mengambil
sempena tindakan Rasulullah ketika mula sampai ke Yathrib pada 622M, telah
menukarkan nama nama kota itu kepada Madinah al-munawarah membawa maksud “kota
gilang gemilang. Catatan dalam dinasti
Ming tentang Cheng Chu adalah Maharaja Yung Lo (beragama Islam) telah mengharamkan penternakan dan penjualan babi/khinzir. Di
catat dalam sejarah bahawa Pahlawan “Wushu” yang mashor iaitu Laksamana
Muhammad Ma Ho atau lebih dikenali dalam sejarah Melaka sebagai Laksamana Cheng
Ho, merupakan seorang Islam di Yunan. Masa Muda telah ditawan oleh Keluarga
Ming dan diserah kepada Cheng Chu. Beliau telah berkhidmat dengan Cheng Chu
sehingga ditukar nama kepada Putera Cheng
Ho setelah Laksamana Cheng Ho membantu Putera Cheng Chu merampas kuasa
daripada Maharaja Kien Wen (1398-1403M). Laksamana Cheng Ho telah dilantik
memimpin armada laut China. Putera Cheng Chu di gelar Maharaja Yung Lo. Laksamana Cheng Ho telah memimpin angkatan
armada laut China keluar ke laut selatan dan barat dengan 62 buah armada besar melalui Selat Melaka pada 1405M, tetapi tidak
singgah di Melaka. Laksamana Cheng Ho keluar belayar melalui Selat Melaka
sebanyak 8 kali. Pelayaran keduanya pada 1405-1424M. Semasa pelayaran balik ke
China pada 1407-1409M dan pelayaran ke-4 (1413-1415M), Laksamana Cheng Ho telah
singgah di Melaka. Sebagai persaudaraan
Islam tanda persahabatan, Laksamana Cheng Ho telah mempelawa Sultan Megat
Iskandar Syah, Sultan Melaka pertama yang menerima Islam mengikutnya ke China
untuk menziarahi Maharaja Islam China iaitu Maharaja Yung Lo. Sultan Megat
Iskandar Syah telah memperkenan permintaan Laksamana Cheng Ho untuk menziarahi
Maharaja Yung Lo. Pembantu Laksamana Cheng Ho ketika itu ialah Laksamana Muda
Heo Shien (Hussin) berasal dari Tanah Melayu. Wallahuaklam.
Sambungan
Sejarah Persilatan Melayu dalam
Kitab Pusaka Perguruan PSS Sri Gayong Panglima
Ulung.
“MARI KITA BERTAFAKUR DAN MELIHAT KEMBALI
KEHEBATAN ORANG MELAYU YANG TERBILANG”
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan
Kasihani”
Pada
pendedahan sejarah yang lalu ada menyebut bahawa…,
Orang-orang Islam di China termasuk
keturunan Melayu telah mengalami detik
sejarah hitam paling pahit apabila terpaksa lari
keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman di China bila
orang-orang Islam tidak menyertai perayaan Kebesaran China dan Upacara rasmi telah
dipolitik dan propaganda anti asing pada 876M akibat kebangkitan di Tenggara
China pimpinan Hwang Chau. Orang Islam tewas dan melarikan diri daripada
serangan orang puak “Han” ke Tanah Melayu, Palembang dan Campa. Kemudian
menjadi titik tolak perkembangan Islam
penyebaran ilmu persilatan Melayu (Gayong) atau “Wushu” di Campa (Vietnam) dan Palembang
(kemudian meruntuhkan kerajaan Sri Wijaya).
Adapun saya mahu menyentuh tentang
Orang-orang keturunan Melayu-Arab
Islam yang
berhijrah dari Negara China ke Campa. Mereka membuka perkampungan Melayu-Arab
Islam. Dua tokoh besar dalam sejarah Persilatan Melayu ialah zuriat daripada
kelompok ini bertaraf ulama yang disegani di Alam Melayu Nusantara, ialah Sunan
Ampel dan Sunan Syeikh Maghribi yang
kemudian berhijrah ke Indonesia. Mereka berdua adalah pewaris ilmu Gayong
Panglima Ulung pada zaman itu yang kemudian bersama Sunan Bonang (anak Sunan
Ampel: Makhdum Ibrahim) dan Sunan Giri: Raden Paku, adalah anak kepada seorang
ulama berasal dari Melaka iaitu Maulana Ishak ( Murid Syeikh Abdul Aziz, Ulama
Besar di zaman kegemilangan Empayar Melaka). Mereka adalah menerima warisan
ilmu yang sama sebagaimana Tun Perak dan
Laksamana Hang Tuah semasa di Melaka. Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar Melaka
juga telah membawa pendekar- pendekar Melayu dari Tanah Melayu ke Negara China
bagi membantu dan mengukuhkan kedudukan Maharaja Yung Lo dan pemerintah Dinasti
Ming seterusnya (pemerintahan Islam di China semasa Dinasti Ming) dan
menyebarkan agama Islam selepas era
sahabat Rasulullah S.A.W, Panglima Saad Abi Waqas dan Panglima Saad bin Lubaid
Al-Habsyi di Negara China. Peranan Syeikh Maghribi yang membentuk Gerakan Wali
Songo bersama Sunan Ampel dan zuriatnya
Sunan Bonang dan Sunan Giri yang pada mulanya menelaah ilmu di Melaka
tidak boleh dinafikan oleh semua pengkaji sejarah Islam di Nusantara. Selepas
zaman sahabat Rasulullah S.A.W, Syeikh Abdul Aziz Ulama Besar Melaka yang telah
menyebarkan, menitikkan khazanah ilmu Gayong Panglima Ulung kepada
murid-muridnya yang kemudian diangkat
sebagai Ulama Nusantara selepasnya. Walaupun Syeikh Abdul Aziz sebagai ketua
Ulama Melaka pada masa itu, peranan ulama lain tidaklah kecil, sebaliknya
mereka bergabung tenaga melancarkan gerakan dakwah ke seluruh Asia Tenggara dan
melalui siasah politik dan ilmu peperangan, maka terbentuk beberapa kerajaan
Melayu Islam yang lain termasuk, Aceh dan Demak. Walaupun di zaman empayar
Melaka, nama Sunan Bonang dan Sunan Giri tidaklah dikenali kerana mereka pada
masa itu adalah masih berstatus pelajar sedangkan Tun Perak adalah Bendahara
dan Hang Tuah adalah Panglima/ Laksamana Besar di dalam Kerajaan Empayar
Melaka.
Adapun dalam Kerajaan Melayu Melaka,
Gelaran “Hang”, “Makhdum”, “Khauja”
dan “Maulana” adalah bagi darjah kebesaran
Tertinggi yang diAnugerahi oleh Sultan Melaka bagi Kerajaan Adat Temenggung
yang setaraf dengan darjah “Tun”. Hang juga bagi Darjah Kebesaran yang
dianugerahi oleh Baginda Sultan Melaka. Sistem Hirarki Pemerintahan Melayu
Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan. Empat pembesar yang Hirarki
paling kanan membantu Baginda Sultan ialah: Bendahara, Temenggung, Penghulu
Bendahari dan Panglima / Laksamana. Mereka berempat ini diberi Usungan oleh
Baginda Sultan. Hanya Hang Tuah sahaja yang merupakan penyandang Pertama jawatan
Laksamana/ Panglima yang diberi Usungan yang membawa maksud kedudukan jawatan
telah diangkat setaraf dengan jawatan Bendahara, Temenggung dan Penghulu
Bendahari. Bahkan hanya Hang Tuah yang menaiki jawatan tertinggi itu berasal
dari kalangan rakyat biasa ( bukan kelompok elit) disebabkan kemahiran khusus
dalam ilmu siasah peperangan dan kemahiran ilmu Persilatan (Gayong) yang
Tinggi. Kenaikan jawatan tinggi disisi Baginda Sultan membuatkan pembesar-
pembesar lain iri hati, cemburu dan menyimpan dendam untuk menjatuhkan Hang
Tuah agar tidak lagi menjadi orang kesayangan Sultan. Hanya Bendahara Tun Perak
yang menyayangi Hang Tuah kerana sebelum Jawatan Laksamana diwujudkan, jawatan
Ketua Hulubalang adalah dibawah Bendahara dalam Hirarki pembesar Melayu Melaka.
Pemilihan untuk memegang Ketua Hulubalang juga dipilih oleh Bendahara dengan
mendapat persetujuan Baginda Sultan Melaka.
Pemerintah Tentera Darat/Laut, Panglima
di darat dan Laksamana dilaut: Kedua-dua Jawatan Tertinggi tentera
Melayu ini di sandang oleh Hang Tuah. Sebelum jawatan Panglima/ Laksama
diwujudkan, Jawatan Ketua Pemimpin Tentera Melayu ketika itu ialah Ketua
Hulubalang (Lubalang). Sebelum Hang Tuah menjadi Pemimpin Tentera Melayu,
jawatan Ketua Hulubalang berkenaan disandang oleh Tun Perak. Kehebatan Tun
Perak juga tiada tandingan sehingga mampu mengalahkan angkatan tentera Siam
(satu kuasa Tentera Yang Kuat ketika itu). Tun Perak berasal dari Klang,
Selangor (juga dalam empayar Melaka) yang memegang jawatan sebagai Penghulu
Klang, sebelum diambil berkhidmat dengan Baginda Sultan Melaka. Makhdum dan
maulana bagi gelaran tertinggi dalam Kepimpinan Hal Ehwal Agama Islam atau
bertaraf ulama (mahir tentang rujukan hukum dan seorang sufi Allah) dan amat
disegani dalam masyarakat yang mengamalkan Hukum Adat Melayu Temenggung ketika
itu.
Maulana Syeikh Maghribi, Sunan Ampel,
Sunan Bonang dan Sunan Giri telah
berhijrah ke Indonesia dan membuka pusat pendidikan
Islam secara pondok/ Pasentren dan mengembangkan ilmu-ilmu agama dan warisan
Gayong Panglima Ulung yang dipelajari di Melaka ke Indonesia. Murid Sunan Bonang yang paling mashor ialah Sunan
Kalijaga. Dalam Gerakan Wali Songo, Ulama-ulama ini telah mengajarkan Raden
Fatah beberapa kelebihan ilmu, yang akhirnya menjadi Sultan Islam Demak pertama
yang dahulunya dibawah Kerajaan Majapahit.
Dalam sejarah Indonesia ada menyebut:
Sunan Maulana Malik Ibrahim (also Syeikh Maghribi)
was an Arab who arrived in Java in 1404 and worked at Gresik and Leran until
his death in 1419. He founded the first Islamic school or pesantren on Java.
Cousin of Sunan Ampel. His work was carried out before the time period normally
associated with the wali songo, making him a kind of pioneer for missionary
activity on Java.
Sunan Ampel (also Raden Rakhmat) who did his work
in Surabaya, and spread Islam in East Java. Sunan Ampel was the original leader
of the walisongo. He was a nephew of the King of Majapahit, and a cousin to
Raden Patah, first Sultan of Demak. He was actually born in Champa, an Islamic
kingdom located where the southern part of Vietnam is today. Sunan Bonang and
Sunan Drajad were both his sons. Sunan Giri lived with him alongside his sons
as a young man.
Sunan Bonang, son of Sunan Ampel, wrote a popular
book on theology and good behavior for Muslims. As a young man he studied with
Sunan Giri in Melaka. He helped build the great masjid at Demak. A story says
that he converted the later Sunan Kalijogo to Islam. He is buried at Tuban.
Sunan Kalijogo, (also Raden Sahid), was active at
Demak, student of Sunan Bonang, advisor to Senopati, father to Sunan Muria. He
revived the Garebeg procession, added Islamic stories to the wayang kulit
repertory, and promoted the use of traditional rituals in a new Islamic
context. The IAIN (Islamic Institute) in Yogyakarta today is named after him.
At times Sunan Kalijogo has been called a proponent of innovation
("innovation" in orthodox Islam is generally considered not proper).
Stories of Kalijogo also follow confused
chrnologies. Some have him participating in the construction of the Masjid at
Demak in the 1470s; others have him active in the mid-1500s.
Sunan Muria, (or Raden Umar Said), son of Kalijogo,
after whom Mount Muria is named, and who used gamelan and theatre to help
promote his missionary activity. He preferred to work with common people and in
isolated villages.
Sunan Gunungjati worked at Demak and Banten, and
was the founder of Cirebon. Many stories say that he was originally from Pasai
in Aceh, others say that he was from Pajajaran in West Java. He married the
sister of Sultan Trenggono of Demak, and led military expeditions for Demak
against Banten (which was still Hindu at that time). As "Fatahillah"
he defeated the Portuguese when they tried to take Sunda Kelapa (now Jakarta)
in 1527.
Sunan Giri, (or Raden Paku), studied at Melaka,
founded Islamic schools at Gresik, foretold the rise of Mataram, and spread
Islam to Lombok, Sulawesi, and Maluku. He was a proponent of orthodox Islam,
and disapproved of innovation (much like "modernist" Islamic scholars
of the 1800s and 1900s). A traditional story says that he was the son of a Hindu
princess of Balambangan and Maulana Ishaq of Melaka, who had gone to
Balambangan as a missionary. The princess was forced to abandon him in a crisis
and set him adrift on the ocean in a small boat, from which he was rescued by
sailors. He was later a student of Sunan Ampel, and married the daughter of
Sunan Ampel.
Sunan Drajad was a son of Sunan Ampel. He built the
masjid at Paciran (north of Surabaya) in 1502, and is known for promoting
social and charitable works. He also promoted the use of the gamelan orchestra.
Sunan Sendang worked at Paciran until 1585.
Sunan Ngudung (or Pengulu Rahmatullah) who did his
work in Matahun, and died in battle against the Hindu remnants of Majapahit in
1513. He was the father of Sunan Kudus.
Raden Hamzah (or Sunan Lamongan) who did his work
in Lamongan.
Maulana Ibrahim Asmoro was the father of Sunan
Ampel. He is buried at Palang near Tuban. He was married to a princess of
Champa, in what is now Vietnam, and may have originally been from Central Asia.
Sunan Bayat who did his work around Tembayat, near
Yogya. He was a student of Sunan Kalijogo.
Sunan Bejagung who did his work near Tuban.
Syekh Sitti Jenar (also Syekh Lemah Abang) who was sentenced to death
for his strong religious convictions, which were considered by some to be heretical.
Raden Patah, founder of Demak, is sometimes included in the list. Raden
Patah was the son of Kertanegara by a Chinese princess, and was brought up by
Aria Damar, his half-brother, who had been sent to oversee Palembang with the
title of Adipati, and was said to be a Muslim in secret. He consulted closely
with Sunan Ampel before continuing on to found the city and power of Demak.
Raden Patah is a "link" between the line of the old Javanese kings
(such as Airlangga or Hayam Wuruk), the later Sultans of Mataram (such as
Agung), and the present-day Sultan of Yogya and Susuhunan of Surakarta.
(Sunan Kuning came much later, was named Susuhunan of Mataram by rebels
in 1742, is remembered in Semarang).
Many stories of the Wali Songo are recorded in the Babad Tanah Jawa
(Chronicles of the Land of Java), written in the mid-1600s.
Rujukan bagi bukti sejarah Indonesia;
Adapun tokoh yang amat mashor yang
mempunyai zuriat yang ramai dikalangan
ulama bagi pesilat/ pendekar/ Panglima Melayu-Arab
yang lari dari Negara China ke Negara Campa ( sekarang Vietnam) ialah
keturunan Maulana Malik Ibrahim, di Melaka dikenali dengan nama Syeikh Ibrahim
bin Abar Al- Hadhrami bin Syed Jamaluddin Al-Kubra, kadang-kadang juga disebut
gelar sebagai Syeikh Maghribi. Sebahagian rakyat menyebutnya Kakek Bantal ( di
Indonesia). Ia bersaudara dengan Maulana Ishak, ulama terkenal di Samudra Pasai
(Aceh) yang datang dari Empayar Melaka bumi bertuah, murid Ulama Melaka yang
mashor iaitu Syeikh Abdul Aziz, sekaligus ayah dari Sunan Giri (Raden Paku).
Syeikh Ibrahim atau Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Maghribi (adalah orang
yang sama) dan Maulana Ishak adalah anak dari seorang ulama Persia, bernama
Maulana Jumadil Kubro ( di Melaka disebut Syed Jamaluddin Al-Kubra), yang
menetap di Samarkand. Maulana Jumadil Kubro diyakini sebagai keturunan ke-10
dari Saidina Husein, cucu Nabi Muhammad saw. Maulana Malik Ibrahim pernah
bermukim di Campa, sekarang Kamboja ( Vietnam), selama tiga belas tahun sejak
tahun 1379M. Ia malah menikahi putri raja, yang memberinya dua putera. Mereka
adalah Raden Rahmat (dikenal dengan Sunan Ampel) dan Syed Ali Murtadha atau di
Indonesia di kenali sebagai “Raden Santri”. Dari Campa singgah di Melaka menjalankan misi dakwah di negeri itu.
Seterusnya tahun 1392 M, Maulana Malik Ibrahim berhijrah ke Pulau Jawa
meninggalkan keluarganya kerana amanah agama.
Adapun saya mahu memanjangkan sejarah
Syed Ali Murtadha
( di Indonesia dikenali sebagai Raden Santri)
merupakan saudara kandung Sunan Ampel yang bapa mereka adalah Maulana Malik
Ibrahim atau Syeikh Ibrahim atau Syeikh Maghribi. Syed Ali Murtadha semasa di
Johor menumpang di rumah “Laksamana Kota Tinggi” dan berkahwin dengan “Wan
Teja” anak Laksamana Kota Tinggi sebelum belayar ke Kerajaan Melayu Pattani
menumpang pula di rumah Mekong Damit, Kampong Bira pada tahun lebih kurang
1640M. Kerana Peribadi mulia di Pattani di gelar sebagai “Faqih ‘Ali”. Beliau
telah mengasaskan persilatan warisan “Gayong Faqih”, nama di alam kebatinan
yang hebat. Syed Ali Murtadha di Negara Pattani (Selatan Siam) di kenali
sebagai Syeikh ‘Ali Al-Malbari dan dikalangan orang Bugis dan Johor/ Muar di
kenali sebagai Andi’ Ali.
Semasa di Johor Syed Ali Murtadha atau
Syeikh ‘Ali Al-Malbari atau Andi’
Ali berkahwin dengan “Wan Teja” mempunyai seorang
anak yang dikenali sebagai Syeikh Shafiyuddin Dato’ Pujuk 1 bergelar “Tok Raja
Faqih”, pemerintah Kerajaan Melayu Pattani ( Selatan Siam). Kehebatan ilmu
persilatan Syeikh Shafiyuddin Dato’ Pujuk 1 tiada tandingan pada zaman Kerajaan
Melayu Pattani, sehingga lagu gendang silat Pendekar Melayu zaman sekarang
masih ada lagu JOK-1, JOK-2 dan JOK-3. Lagu-lagu gendang silat berkenaan adalah
asalnya gendang tentera (pendekar-pendekar)
kerajaan Melayu Pattani dan dibawa dan diajar kepada pendekar-pendekar
di Kelantan. Di Pattani Syed Ali Murtadha berkahwin dengan Cik Dewi anak Seri
Bija Diraja. Dalam Sejarah Terengganu Syed Ali Murtadha juga dikenali dengan
nama “Faqih Ali Malbari”. Ramai zuriat Syed Ali Murtadha ini di negeri Pattani,
Kelantan dan Terengganu, bahkan berada di seluruh negeri negeri-negeri Melayu.
Nama beliau di Kelantan pula ialah “ Syeikh ‘Ali Al-Malbari. Seorang anak
Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Fakih) bernama Wan Muhammad yang anaknya bernama
juga “Faqih ‘Ali” seperti nama moyangnya Syed Ali Murtadha. Faqih Ali bin Wan
Muhammad inilah penulis kitab/ buku “Tarikh Pattani” atau dikenal “Tuan Tulis
Pattani”. Faqih ‘Ali bin Wan Muhammad adalah pembesar Kerajaan Melayu Pattani
yang dikenal sebagai Datuk Maharajalela di Pattani. Semasa perang Siam-Pattani,
Faqih Ali belayar mencari bantuan kerajaan Sulawesi pada tahun 1632M, dan
kembali tetapi singgah dan tinggal di Semenanjung Tanah Melayu. Faqih Ali bin
Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Faqih) adalah saudara kandung
kepada Ibrahim Datu Kelantan IV bergelar Ong Chai Nyek Ong Brohim Po Nrop
(1632-1637M) di Campa. Menjadi raja di Campa pada tahun 1637-1684M. Wan Muhammad, ayah kepada Faqih ‘Ali juga
dikenali sebagai Syeikh Abdul Muzaffar
Waliullah di Tanah Melayu. Keturunan mereka inilah ramai yang menjadi
ulama-ulama dan tokoh-tokoh utama di Kerajaan Pattani, Kelantan dan Terengganu.
Keturunan mereka ini termasuklah ulama Melayu Nusantara seperti Syeikh Daud bin
Abdullah Al-Fathani, juga merupakan Panglima Besar kerajaan Melayu Pattani di
zaman itu. Selain itu nama ulama dan tokoh hebat lain ialah Syeikh Abdul Qadir
bin Abdur Rahim dari Pattani berhijrah ke Bukit Bayas, Terengganu yang kemudian
juga menjadi Ulama di negeri Terengganu. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di
Tanah Melayu dikatakan bersaudara kandung dengan Syarif Hidayatullah / Sultan
Babullah yang dikenali sebagai Sunan Gunung Jati di Indonesia. Jadi Ulama-ulama
dan Sultan-sultan Banten di Indonesia adalah keturunan mereka jua. Syeikh Abdul
Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dan Sunan Gunung Jati di Indonesia adalah
keturunan Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias
atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang
memerintah pada tahun 1471M). Ayahnya ialah ‘Ali Nur Alam.
Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau
Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah
pada tahun 1471M) jugalah mengasaskan kerajaan Patani yang terletak di
kepulauan Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia.
Jelaslah kepada kita semua, keturunan Ulama, Panglima Perang,
Kesultanan dan Warisan Keilmuan Agama Islam dan ilmu Persilatan Melayu di
Nusantara adalah dari satu Pokok yang sama pada asalnya, kemudian hingga hari
ini terpecah dengan rantaian yang kusut jika tidak kembali ke punca asal
sejarah Persilatan Melayu yang saya perturunkan ini. Ingatlah anak- anak
Persilatan nama Perguruan apapun kamu kita asal dari “Satu” ilmu iaitu ilmu
Gayong Panglima Ulung.
Jangan biarkan anak-anak yang tidak tahu asal usul Persilatan Melayu
bermusuh sesama sendiri. Saya Al- Faqir Guru Utama Pss Sri Gayong Panglima
Ulung sudah lama menyimpan khazanah Sejarah Persilatan Melayu ini dan kini
sudah sampai masa saya yang dhaif membuka rahsia ini agar anak- anak Persilatan
tahu asal usul dan tidak berpecah-belah lagi. Bukan hasrat saya yang faqir lagi
hina ini meminta anak- anak Persilatan semua datang menyertai Perguruan hamba yang lemah ini,
tetapi adalah untuk menyampaikan amanah yang terdapat dalam khazanah ini untuk
di ketahui oleh semua ahli-ahli Persilatan sama ada di Malaysia mahupun
Indonesia dan Nusantara Umumnya. Tahulah asal Ilmu Kita bagaimana Punca
Mulanya.
KETURUNAN ANDI’ ‘ALI/ FAQIH ‘ALI
AL-MALBARI
(Yang diketahui sahaja)
1.Wan Derahman
2.Wan Namah
3.Wan Nik (Dato’ Wan)
4.Wan Siti
5.Syeikh Shafiyuddin
6.Nik Din Menteri lagi
Pahlawan Bagi Dato’ Pujuk 1
7.Wan Ismail Tok Kaya
Pandak/Pendek
8.Tok Kaya Rakna Diraja
9.Wan Faqih Hussein
10.Wan Nguk (isteri Tok Kaya
Banggul) atau Wan Ngah: Anak cucunya Wan Ahmad di Perlis
11.Syeikh Abdul Qadir Bukit
Bayas, Terengganu bin Tok Wan Abdur Rahim bin Tok Wan Deraman bin Tok Wan Abu
Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.
12.Syeikh Nik Mat Kecik (
penyusun Kitab Mathla’ al-Badrain), meninggal di Mekah.
13.Syeikh Muhammad bin Wan
Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Hj Wan Teh , ibunya Wan Nik/ Tok Wan Ti
suaminya Zubeid/ Tok Wan Dahit.
14.Wan Nik bt Tok Wan Abu Bakar
bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.
15.Hjh Wan Maryam (meninggal di
Sekudai, Johor).
16.Hjh Wan Siti Saudah
(meninggal di Pulau Penyengat, Riau)
17.Hjh Wan Zainab (meninggal di
Pulau Midai, Riau)
Alhamdulillah, tenangnya hamba yang faqir ini setelah membongkar segala
rahsia untuk manfaat Agama, Bangsa dan Negara Tercinta. Kita adalah bersaudara.
Salam Persilatan untuk semua. Segala salah silap atau bahasa yang tidak baik,
tiada elok adat dan adab saya pohon ampun dan maaf. Semoga generasi kemudian
gembira dan berlumba-lumba belajar ilmu Persilatan Melayu yang terpelihara
sudah berabad-abad lamanya. InsyaAllah jika ada kelapangan kita berjumpa lagi.