phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

Logo Perguruan



1. Warna Hitam

Melambangkan keberanian Pendekar- Pendekar Melayu dalam mempertahankan Negara


2. Warna Putih
Kesucian Perjuangan dalam ilmu Gayong atau ilmu Persilatan Melayu


3. Kaabah

Merupakan Kiblat orang Melayu, merupakan perpaduan Melayu dan berpegang teguh dengan ajaran Agama Islam


4. Pedang

Merupakan Salah satu senjata orang-orang Melayu, menggambarkan perjuangan yang berterusan untuk memajukan bangsa dan Negara


5. Bulan Sabit Hitam
 Merupakan ilmu persilatan adalah khazanah silam yang tidak pupus di telan zaman


6. Sri Gayong Panglima Ulung

Merupakan nama sebuah persatuan atau perguruan Pencak Silat yang menyokong usaha-usaha menerapkan nilai-nilai murni kepada warga negara dan membina jati diri kepada ahli-ahli yang mempelajari dan memahami Keunggulan warisan khazanah silam yang terus dipelajari untuk kepentingan Bangsa, Agama dan Negara oleh para Pendekar dari zaman berzaman


7. Badan Beruniform Silat Melayu

 Persatuan membuka keahlian bukan sahaja kepada rakyat awam tetapi juga kepada Pasukan Beruniform seperti Jabatan Pertahanan Awam, Tentera, Polis,dll, dan menjadi persatuan unit beruniform di sekolah-sekolah, di Institusi Pengajian Tinggi, pusat-pusat pendidikan awam dan swasta mengikut lunas-lunas berpersatuan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.


8. Bulatan Hitam

Persatuan mengambil berat kebajikan ahli-ahli selagi ada kemampuan dan berusaha menjalin hubungan baik dengan pihak kerajaan dan komuniti setempat .