phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

Program Jom ke Raudah



Guru Utama InsyAllah akan berada di Raudah sehingga 2 September 2017. Kepada sesiapa yang ingin berjumpa atau qiamulail di Raudah Perguruan dialu-alukan

0 comments:

Silat pulut sambut KMN17 di Perlis

EMPAT orang pesilat dari Persatuan Sri Gayung Panglima Ulung Malaysia Kampung Bangol Sena, Chuping membuat persembahan silat bagi menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 di Kampung Bangol Sena, Cuping, Perlis semalam. – UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED

KANGAR 20 Ogos –Ketibaan konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 (KMN17) di Kampung Banggol Sena, Chuping di sini disambut dengan persembahan silat pulut. Dua pesilat yang membuat persembahan itu merupakan ahli Persatuan Sri Silat Gayung Panglima Ulum Malaysia yang mempunyai keahlian mencecah 1,000 ahli di negeri ini. Ketua Jurulatihnya, Muhammad Nur Arasyi Zubaidillah, 21, berkata, silat yang dipersembahkan bertujuan menceriakan orang ramai kerana pergerakannya tidak terlalu agresif berbanding silat lain.

“Silat ini juga selalu dipersembahkan kepada pengantin dan hari ini ia khusus untuk menyambut ketibaan rombongan KMN17 yang berkunjung ke kampung kami. “Saya telah mempelajari seni silat persembahan sejak dari tingkatan dua kerana ayah juga merupakan pengasas persatuan tersebut. Malah, adik saya juga mula menunjukkan minat belajar silat sejak dari usia lima tahun,” katanya ketika ditemui sebelum majlis pelepasan konvoi KMN17 disini, hari ini.

Pelepasan konvoi berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chu­ping, Asmaiza Ahmad. Yang turut hadir ialah Ketua Konvoi KMN17, Yosri Abu Mahsin serta 107 peserta. Jelajah yang memasuki hari kelapan itu sudah melalui 21 lokasi bertujuan menggelorakan semangat mengibarkan Jalur Gemilang dalam kalangan penduduk setempat. Sementara itu, mahasiswa Un­iversiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Nur Arasyi memberitahu, dia pernah memenangi dua kejohanan besar baru-baru ini.

“Semasa Kejohanan Silat Sekolah ASEAN di Vietnam, saya mendapat tempat kedua bagi kategori Tunggal Putera. “Malah, saya juga berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Ganda Putera semasa Kejohanan Silat Terbuka Timbalan Perdana Menteri di Johor baru-baru ini,” jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/silat-pulut-sambut-kmn17-di-perlis-1.517292#ixzz4qMLOpNY4 © Utusan Melayu (M) Bhd Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/silat-pulut-sambut-kmn17-di-perlis-1.517292#ixzz4qMLJX1Im © Utusan Melayu (M) Bhd 


0 comments:

Kejohanan Silat SUKSES 2017

Alhamdulillah. Majoriti ahli Sri Gayong Panglima Ulung Selangor mewakili Daerah Klang dalam Kejohanan Silat SUKSES 2017


0 comments:

Liputan Kejohanan Silat Remaja Kebangsaan di Kedah



KEPUTUSAN KEJOHANAN 3 OGOS 2017

0 comments: