phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN QIAMULAI DI JEJAK ULUNG CHALET

28HB JULAI 2012

Alhamdulillah...selesai sudah majlis berbuka dan qiamulai bersama Guru Utama.Tahniah juga kepada Ust Apai yang datang dari Kelang bagi memeriahkan dan berkongsi ilmu, anak-anak perguruan Kinta, Manjung dan Perlis....
Antara pesan Guru
- Jangan biarkan jiwa kosong
- Sikap menangguh-nangguhkan amalan yang sholeh adalah diakibatkan kesibukan seseorang itu dalam
   gerak kerja yang melalaikan atau usaha-usaha yang tidak diredhai oleh Allah.Belum sempat gerak kerja itu
   diselesaikan dia telah menemui kematian yang datang secara tiba-tiba dan tidak dijangka.
- Bersungguh-sungguhlah dalam mensucikan hati kerana ianya sering diambil mudah kerana tidak dapat
   dilihat.

0 comments:

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI-AHLI PERGURUAN PADA 28HB JULAI 2012





PERHATIAN! GURU UTAMA BERHAJAT MEMBUAT MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI-AHLI PERGURUAN PADA 28HB JULAI 2012 (SABTU ), BERGOTONG ROYONG MEMASAK DI KEM JEJAK ULUNG CHALET, DI KG. BARU, PERAK. SESIAPA YG BOLEH DATANG SILA "LIKE" UNTUK BANCIAN DI FB ANAK-ANAK PERGURUAN ATAU TINGGALKAN NAMA ANDA DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH BLOG INI. KALAU TAK BOLEH DATANG JANGAN "LIKE". SEMOGA RAMAI DAPAT DATANG UNTUK BERSAMA QIAMULLAIL SEKALI. TQ

0 comments:

Majlis Sambutan Ramadhan Gelanggang Kinta


Assalamualaikum...Saudara Syafiq Bin Nordin (Pekno) Memaklumkan 
Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung Kinta akan membuat Majlis Sambutan Ramadhan.

0 comments:

ANAK-ANAK PERGURUAN MENGGEGARKAN KEJOHANAN SUKMA PAHANG 2012 !!!

SUKMA PAHANG 
10 July 2012 - Mohamad Fauzi dan Nor Fazira ( Selangor ) Pemenang Pingat Perak SUKMA XV Pahang - Katagori Silat Seni. Ameruddin pula berjaya mendapat pingat Gangsa bagi kategori silat olahraga Kelas A putera meskipun tewas beliau dapat menyaingi pesilat Pahang(Tuan rumah). Diharap dengan kejayaan ini dapat memberi motivasi dan penggerak bahawa kita juga boleh berjaya . Semoga lebih ramai lagi anak-anak perguruan Sri Gayong Panglima Ulung menyertai kejohanan dimasa akan datang dan menaikkan nama perguruan diperingkat antarabangsa Insyallah...

 SUKMA DI PAHANG XV :
 Keputusan yang dimenangi oleh anak-anak Perguruan Sri Gayong Panglima Ulung :
1. Solo Jurus Tunggal Puteri - Nur Fazira (Selangor)
2. Solo Kreatif Puteri- Nur Fazira (Selangor)
3. Solo Kreatif Putera - Muhd. Fauzi (Selangor)
4. Olahraga Kelas A Putera - Ameruddin (Perlis)


Tahniah kepada Mohamad Fauzi dan Nor Fazira ( Selangor ) Pemenang Pingat Perak

4 comments:

SUKMA PAHANG 2012 (SEBELUM BERTANDING)

PENCAK SILAT ALBUM 1 SEBELUM BERTANDING

SUMBER DARI GURU UTAMA

0 comments:

PERSEDIAAN SUKMA PERLIS DIBAWAH BANTUAN KEPAKARAN AL-FAKIR GURU UTAMA

Gambar dari saudara Hisyam Shamsudin

0 comments: