phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

MALAM 1 PENDEKAR


Malam 1Pendekar 
Dataran Majlis Bandaraya Ipoh 
(22/4/2012) Jam 8.00 mlm

Jemputan dari Pertubuhan Seni Silat Lincah


0 comments:

VIDEO PERSEMBAHAN SILAT/GENDANG SILAT 24JAM




VIDEO PERSEMBAHAN SILAT/GENDANG SILAT 24JAM
VIDEO DARI SAUDARA YUSUF YAACUB



0 comments:

SENI SILAT 24 JAM TANPA HENTI CIPTA REKOD




Bersilat 24 jam tanpa henti

SERI ISKANDAR - Perhimpunan Pertubuhan Seni mempertahankan diri Perak Aman Jaya 2012 pada Sabtu lalu, menjayakan aksi mempertahankan diri termasuk silat selama 24 jam tanpa henti dianggap pencapaian terbaik anak muda negara.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri Perak bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak itu turut dicatatkan dalam Guinness World of Records.

Exco Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, aktiviti itu bermula sejak jam 9 pagi Sabtu hingga 9 pagi Ahad dengan iringan kumpulan gendang yang turut mencatat nama dalam Guinness World of Records.

Menurutnya, pencapaian membanggakan itu juga adalah tanda sokongan semua ahli seni mempertahankan diri daripada pelbagai bangsa yang menjayakan bersama program itu.

“Saya juga cukup berbangga dengan pencapaian pesilat Pertubuhan seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) kerana tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan misi ini termasuk pesilat berumur tiga dan enam tahun yang menyertainya,” katanya.

Kata beliau, kejayaan itu sekali gus memecahkan rekod PPSLM yang dilakukan tahun lalu iaitu bersilat selama 10 jam di Taman Tasik Titiwangsa.

Jelasnya, perhimpunan itu disertai lebih 400 ahli mempertahankan diri pelbagai peringkat usia yang beraksi tanpa henti dengan membuat jurus asas dan diikuti selingan seni tempur dan buah pukulan di dalam silat.


SUMBER SINAR HARIAN PERAK

0 comments:

ANAK-ANAK PERGURUAN YANG AKAN BERTANDING DI SUKMA TEMERLOH PAHANG 2012



SEMOGA BERJAYA DI DALAM PERTANDINGAN SUKMA
INSYALLAH.



1 comments:

SILAT 24 JAM TANPA HENTI DI UITM SERI ISKANDAR PERAK


SEMUA ANAK-ANAK PERGURUAN SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG DIJEMPUT HADIR BAGI MEMBANTU MENCIPTA REKOD DALAM 
"MALAYSIA BOOK OF RECORD"
 SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2012

                                 TARIKH  : 14-15 APRIL 2012 
                                 TEMPAT : UITM SERI ISKANDAR, PERAK


Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata, persembahan yang julung kali diadakan itu bertujuan mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records selain untuk menarik kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.


"Selain persembahan silat, kita merancang menjemput kumpulan gendang bagi mengiringi persembahan berkenaan supaya acara itu lebih meriah dan menarik.


"Kita juga turut menjemput peserta luar negara termasuk dari Thailand dan Jepun bagi membuat persembahan seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwando pada hari berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.


Menurut Zainol Padzi, program berkenaan dirancang bagi menyemarakkan semula aktiviti yang dapat memberi manfaat terutamanya di kalangan generasi muda di negeri ini.


Katanya, sejak dua tahun lalu, acara melibatkan seni mempertahankan diri itu hanya dibuat secara persendirian oleh institusi pengajian tinggi serta program persatuan.


"Justeru, tahun ini kita rancang satu program yang lebih besar melibatkan satu acara persembahan pelbagai seni mempertahankan diri bagi tontonan masyarakat dan menarik pelancong," katanya.






4 comments:

PERTANDINGAN ANTARA SEKOLAH SELANGOR 2012 DAN SAMBUTAN HARI LAHIR AHLI PERGURUAN SELANGOR

PERTANDINGAN ANTARA SEKOLAH SELANGOR 2012
Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin


SENARAI PEMENANG_PEMENANG SEKOLAH

Solo putera SMK: syahril (SMK seri istana)- emas
Tunggal putera SMK: syahril (SMK seri istana)-emas
Tunggal puteri SMK: yana (SMK seri istana)- emas
Ganda putera SMK: ammar&dedi (SMK jalan kebun)-emas
Olahraga kelas D: dedi (SMK jalan kebun)- emas
Solo puteri SK: nor aini (SK jalan kebun)-emas
Solo putera SK: saiful (SK jalan kebun)-gangsa
Tempor putera SK: salipin&syauki (SK jalan kebun)-gangsa
Solo puteri SMK: yana (SMK seri istana) -gangsa
Masal puteri: SMK seri istana- gangsa
Tunggal putera SMK:zaki ( SMK jalan kebun)-gangsa



3 comments:

KURSUS WASIT JURI PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH NEGERI PERLIS



PSS GAYONG PANGLIMA ULUNG
MENJADI PAKAR RUJUK KEPADA JPN PERLIS
GURU UTAMA DAN PARA JURULATIH DARI IPG KAMPUS PERLIS DIPANGGIL MEMBERI KURSUS KEPADA PARA GURU DI NEGERI PERLIS.
CINTA SAYANG RESORT, SG PETANI, KEDAH
TAHNIAH!

0 comments: