phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

SALASILAH GURU UTAMA


SALASILAH SANAD ILMU AMALAN GURU UTAMA
KLIK UNTUK BESARKAN




ZUBAIDILLAH BIN SULAIMAN



Nama :  Guru: Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman
Umur  : 48 Tahun
Alamat Rumah: No. 25 , Belakang Balai Polis Kg.
Baharu, Kg. Baharu, Ayer Tawar, Lumut, 32400 Perak.

Pekerjaan: Pensyarah IPGM
Lama Dalam Perguruan: Pengasas Perguruan Pencak Silat Sri Gayong Panglima
Ulung./ Lebih 31 Tahun bersama perguruan ini.
Pernah Terima Sebarang Penganugerahan: Ya / Tidak
Status Perkahwinan: Berkahwin
Jumlah Anak : 7 orang.


Sejarah dan Jasa Tokoh Guru Didalam Pertubuhan
Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman di lahirkan di Terengganu, merupakan salah seorang zuriat para Guru Silat dahulukala. Bapanya, Datuknya semuanya Tok Guru Silat. Ibunya Allahyarhamah Rokiah bt Jaafar juga merupakan pendekar. Keluarga Bapa dan Ibunya mewarisi ilmu daripada Tok Janggut , Jeram, Pasir Puteh, Kelantan (Pejuang Kemerdekaan). Nenekandanya Mek Kechik bt Wonik mewarisi ilmu Persilatan Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang dan Keilmuan Laksamana HangTuah, Panglima Melaka dari Guru Awang Senik Pendekar Dollah. Datuk sebelah ibunya juga Tok Guru Silat yang menyebar ilmu silat di Bukit Bading, Bukit Diman, Kuala Berang, Kuala Terengganu, di kenali sebagai Tengku Putera berasal keturunan Kesultanan Melayu Pattani, Selatan Thailand. Setelah Pendekar-pendekar angkatannya tewas kepada Siam, terus berhijrah ke Terengganu.


            Berkahwin dengan Hairani bt Haris, zuriat (piut) kepada Panglima
Mamat Che Tambah, Panglima Bugis, yang terlibat dengan Perang Saudara Klang, Selangor menyebelahi Raja Mahadi. Setelah Tengku Kudin mendapat bantuan ketenteraan British, Panglima Mamat dan Nakhoda Taib Andak memasuki Sungai Dinding dan Membuka Perkampungan, Kg Baharu, Ayer Tawar, Lumut, Perak. Nakhoda Taib Andak pula ke Segari dan diberi hak mengutip cukai di perairan pelabuhan Manjung- Segari dan Lumut. Panglima Mamat dan Nakhoda Taib Andak telah berkhidmat kepada Baginda Sultan Perak, telah Berjaya menghalau lanun-lanun disekitar Sungai Dinding, Perak. Ramai penduduk Kg. Baharu, Telaga Nenas, Pulau Pangkor dan Segari merupakan zuriat dan keluarga mereka berdua dan ahli-ahli rombongan pelayaran kapal mereka.

 Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman Berjaya menggabungkan ilmu persilatan
dari sebelah keluarganya dan sebelah keluarga isterinya lalu mengembangkan khazanah ilmu persilatan yang dikenali “ Perguruan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung” yang baru didaftar dengan Pesuruhjaya Sukan pada tahun 2010. Walaupun perguruan ini baru didaftarkan secara berpersatuan dengan Pesuruhjaya Sukan, beliau telah menyebarkan ilmu persilatan dalam kehidupannya lebih daripada 30 tahun yang lalu. Kini murid-murid silatnya berada di seluruh Malaysia, di Perak, Selangor,Terengganu, Perlis, Pahang,Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Johor dan lain-lain lagi. Semasa beliau belajar di Universiti  Kebangsaan Malaysia, beliau telah diminta oleh Unit Kebudayaan mengajar Seni Silat dan dibayar elaun pada usia muda, iaitu 20 tahun bersama-sama arwah Cikgu Anuar Wahab ( Guru Utama Persatuan Seni Silat
Gayong Fatani). Beliau pernah menjadi AJK Persatuan Seni Silat Negeri Terengganu (PERSILAT) yang juga sebagai PESAKA Negeri Terengganu sebelum berhijrah dan menyebar ilmu silat di Negeri Perak. Beliau kini bergiat cergas mengembangkan silat melalui Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah, di Daerah Manjung, Perak.Kini beliau dilantik sebagai Exco PESAKA PERAK (baru) sebagai Naib Yang Dipertua 2. Seterusnya beliau dilantik sebagai pensyarah di IPGM bagi memperkembangkan ilmu silatnya kepada para Guru Pelatih, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga mempunyai sijil dan pernah bertugas sebagai wasit dan Juri Pencak Silat di Kementerian Pelajaran Malaysia. Pernah menjadi Pengurus Pasukan Jabatan  Pelajaran Negeri Terengganu dan Negeri Perak ke peringkat Kebangsaan.


            Jejak Ulung Chalet, merupakan rumah perguruan Persatuan Pencak Silat
Sri Gayong Panglima Ulung yang dibina oleh modal ahli-ahli persatuan sedikit-sedikit sehingga menjadi banggunan sebagaimana sekarang setelah mendapat keizinan dari tuan tanah . Modal juga diperolehi daripada orang perseorangan dan orang ramai yang mencintai perkembangan silat dan untuk pendidikan anak remaja untuk bangsa, negara, dan agama di Kampong Baharu, Ayer Tawar, Lumut, Perak, merupakan lokasi strategik untuk membangunkan perguruan ini. Mengumpulkan anak-anak tempatan, bahkan menjadikan Jejak Ulung Chalet sebagai tempat berkursus kem pencak silat, tempat penilaian kenaikan bengkung tahunan perguruan, tempat semua murid ( ahli-ahli Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung) di seluruh Malaysia berkumpul, berhimpun dan belajar secara “pondok moden bermusim” mampu membantu pihak kerajaan mendidik para remaja dan menentukan hala tuju strategik warganegara secara sihat dan berwawasan.  



Nama Pertubuhan: Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung
No. Pendaftaran ( Pesuruhjaya Sukan): 3572/2010
Tarikh didaftarkan: 11 hb. Mac 2010
Alamat Pertubuhan:  Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung, Jejak
Ulung Chalet, Kedai Z, Belakang Balai Polis Kg. Baharu, Kg. Baharu, Ayer Tawar,
Lumut, 32400 Perak.
No. Tel. Perguruan:  012-596 5919  (Guru Utama)./ email: jujur_baik@yahoo.com.







DALAM PROSES 
HARAP BERSABAR

6 comments:

  1. saya adalah anak haji shafii,daripada petaling jaya.dimana ibu cerita silah bapa saya pernah menjadi anak murid diwaktu beliau muda,sekarang umur saya 38thn berminat utk mempelajari ilmu pertahanan kan diri.

    ReplyDelete
  2. Kami memang mengalu-alukan kpd sesiapa yang ikhlas utk belajar....Silalah hubungi Guru Utama di 0125965919...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah yg paling hampir dengan anda di Shah Alam atau Kota Kemuning, hubungi edi : 0173727213

    ReplyDelete
  4. Kalau mahukan gelanggang paling hampir dengan anak haji shafii ialah Shah Alam dan Kota Kemuning, boleh hubungi edi: 0173727213. Dari Guru Utama.

    ReplyDelete
  5. ..saya masih belajar dgn psilatan tetapi masih mlakukan maksiat dan dosa,hidup penuh dugaan. Dimana silapnya?

    ReplyDelete
  6. Setiap manusia ada nafsu, jika tak diTarbiah ianya akan merosakkan Akhlak dan menjadi ancaman kepada hidup beragama. Hendaklah mencari Guru yg mampu mentarbiah Qalbu anda. Jika ahli perguruan ini, hendaklah beristiqamah mengamalkan wirid2 khususiah sambil buat solat hajat memohon ke hadrat Allah melindungi diri dari gangguan syaithan dan diselamatkan dari kejahatan hawa nafsu yg buas. Sila berjumpa al-faqir Guru untuk mendapat khidmat nasihat, InsyaAllah.

    ReplyDelete