Al-Tariqah al-Idrisiah adalah sebuah Tariqah yang muncul dan berpusat di
Asir,(Arab Saudi) pada abad ke-19 M. Ia didirikan oleh Syarif Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris 'Ali al-Mashishi al-Yamlakhi al-Hasmi

.
Semenjak kecil lagi Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris

dididik dalam suasana yang penuh dengan kezuhudan dan keilmuan dan telah berguru dengan beberapa ulama dan ahli sufi yang termasyhur di zamannya. Melihat pada latar belakang pendidikan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris

, ternyata beliau mempunyai sanad yang merangkumi semua bidang ilmu terutama hadith, tafsir, fiqh (4 mazhab) dan tasawwuf. Sekiranya kita meneliti rantaian sanad yang diperolehi oleh ulama’ dunia seperti al-Muhaddith Tuan Shaykh Yasin al-Fadani

, Tuan Shaykh Sayyid Abbas ibn Abdul Aziz al-Maliki

, al-Muhaddith Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn ‘Alwi al-Maliki

dan ulama-ulama lain, kita akan mendapati nama Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris

tertera di dalam rijal sanad mereka. Juga, beliau masyhur meriwayatkan hadith Musalsal dan mempunyai sanad ‘Aali
[1] misalnya sanad periwayatan di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris

dan Imam al Bukhari

hanya mempunyai 9 perantaraan.
Selain daripada mempelajari al-Quran, Hadiths, ilmu Tafsir, Aqidah dan Fikh, beliau telah mempelajari ilmu tasawuf sampai mendapat ijazah untuk mengajar ilmunya dari seorang sufi pimpinan Tariqah Khidriah, yakni Tuan Shaykh Sayyid Abu Al-Mawahib Abdul Wahhab at-Tazi

. Gurunya yang lain dalam bidang tasawuf adalah Tuan Shaykh Abdul Qosim Al-Wazir

(Tariqah Syaziliah) dan Shaykh Hasan Al-Qina’i (Tariqah Khalwatiah)

.
[2] Di sini nampaknya beliau mendalami dan mengajarkan bermacam Tariqah lainnya. Beliau telah menerima beberapa tariqah seperti Tariqah Naqshabandiah, Qadiriah, dan lain-lain lagi.
[3] Juga, diriwayatkan oleh Tuan Shaykh Muhammad bin Ali as-Sanusi

bahawa sewaktu dia belajar daripada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris

, beliau telah mengajarinya selain Tariqah Khidiriah juga Tariqah lain seperti Nasiriah, Naqsyabandiah, Uwaysiah, Suhrawardiah, Shadziliah, Hatimiyazamqiah dan Qadariah, sehingga Tuan Shaykh Muhammad As-Sanusi

menganggapnya "Qutb".
[4]
Yusuf bin Ismail al-Nabhani pengarang kitab Jami' Karamat al-Auliya, menggambarkan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris

sebagai orang yang berhasil menghimpun dan menguasai ilmu zahir (syari'ah) dan ilmu batin (tasawuf); memiliki kemasyhuran dalam ilmu al-Quran dan Hadiths, suatu ilmu yang diperoleh melalui Kasyf.
Al-‘Arif billah Tuan Shaykh Sayyid Muhammad al-Sanusi

menamakan tariqah ini dengan al-Tariqah al-Muhammadiah. Beliau berkata, “Aku meriwayatkan al-Tariqah al-Muhammadiah ini dari pelbagai sanad. Sanad tertinggi yang kami ambil ialah daripada syeikh kami Qutb al-‘Arifin Imam al-Muhaqqiqin Maulana Sayyid Ahmad bin Idris

…”
[5] Dari sudut keistimewaannya, ia merupakan tariqah yang dinisbahkan kepada Nabi

Semua perkara yang terkandung di dalam tariqah ini, merupakan ambilan dan cedokan daripada Rasulullah

dan Sunnahnya.
Sementara Shaykh kami, Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris

pula menamakan tariqah ini dengan Ahmadiah, sempena dirinya sendiri –
semoga Allah menyucikan rohaninya – kerana Rasulullah

mengkhususkan tariqah tersebut kepada beliau dengan zikir yang lengkap, doa yang penuh rintihan dan sumber yang banyak.
[6] Beliau mendapat ajaran Tariqahnya sendiri langsung daripada Rasulullah
[7]. Dalam pertemuan suri di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris

dengan Rasulullah

itu, Nabi Allah Khidr

hadir sama. Rasulullah

telah mengarahkan Saiyidina Khidr

supaya mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad

akan ayat-ayat dzikir Tariqah Syaziliyah. Kemudian, Baginda

menyuruh Nabi Khidr

mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad

akan dzikir, selawat dan istighfar yang terbesar dan terafdhol sekali. Maka Nabi Allah Khidr

mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad

lafaz
Tahlil Khusus,
Selawat Azimiah dan
Istighfar Kabir.
[8] Dalam pertemuan itu juga, Rasulullah

menerangkan kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad

sudut keutamaan dan rahsia-rahsia
Tahlil Khusus,
Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir tadi. Selepas itu Baginda

mentalqinkan dzikir itu kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad

tanpa perantaraan.
[9] Maka lahirlah sebuah tariqah yang agung yang dipimpin dan disebarkan oleh al-Qutb al-Muhaqiqqin Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris

ini.
____________________________________