GURU UTAMA SEDANG MENAMBAH BAIK JEJAK ULUNG CHALET (NAIK TARAF KEM), DIJANGKA KOS RM114,000.00 KE ATAS. TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI DAN AHLI-AHLI YANGG TIDAK MAHU KETINGGALAN MENYUMBANG UNTUK DANA NAIK TARAF KEM BOLEHLAH MENGHUBUNGI GURU UTAMA : 013-486 5919
Alhamdulillah...selesai sudah majlis berbuka dan qiamulai bersama Guru Utama.Tahniah juga kepada Ust Apai yang datang dari Kelang bagi memeriahkan dan berkongsi ilmu, anak-anak perguruan Kinta, Manjung dan Perlis....
Antara pesan Guru
- Jangan biarkan jiwa kosong
- Sikap menangguh-nangguhkan amalan yang sholeh adalah diakibatkan kesibukan seseorang itu dalam
gerak kerja yang melalaikan atau usaha-usaha yang tidak diredhai oleh Allah.Belum sempat gerak kerja itu
diselesaikan dia telah menemui kematian yang datang secara tiba-tiba dan tidak dijangka.
- Bersungguh-sungguhlah dalam mensucikan hati kerana ianya sering diambil mudah kerana tidak dapat
dilihat.
PERHATIAN! GURU UTAMA BERHAJAT MEMBUAT MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI-AHLI PERGURUAN PADA 28HB JULAI 2012 (SABTU ), BERGOTONG ROYONG MEMASAK DI KEM JEJAK ULUNG CHALET, DI KG. BARU, PERAK. SESIAPA YG BOLEH DATANG SILA "LIKE" UNTUK BANCIAN DI FB ANAK-ANAK PERGURUAN ATAU TINGGALKAN NAMA ANDA DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH BLOG INI. KALAU TAK BOLEH DATANG JANGAN "LIKE". SEMOGA RAMAI DAPAT DATANG UNTUK BERSAMA QIAMULLAIL SEKALI. TQ
10 July 2012 - Mohamad Fauzi dan Nor Fazira ( Selangor ) Pemenang Pingat Perak SUKMA XV
Pahang - Katagori Silat Seni. Ameruddin pula berjaya mendapat pingat Gangsa bagi kategori silat olahraga Kelas A putera meskipun tewas beliau dapat menyaingi pesilat Pahang(Tuan rumah). Diharap dengan kejayaan ini dapat memberi motivasi dan penggerak bahawa kita juga boleh berjaya . Semoga lebih ramai lagi anak-anak perguruan Sri Gayong Panglima Ulung menyertai kejohanan dimasa akan datang dan menaikkan nama perguruan diperingkat antarabangsa Insyallah...
SUKMA DI PAHANG XV :
Keputusan yang dimenangi oleh anak-anak Perguruan Sri Gayong Panglima Ulung :
1. Solo Jurus Tunggal Puteri - Nur Fazira (Selangor)
2. Solo Kreatif Puteri- Nur Fazira (Selangor)
3. Solo Kreatif Putera - Muhd. Fauzi (Selangor)
4. Olahraga Kelas A Putera - Ameruddin (Perlis)
Tahniah kepada Mohamad Fauzi dan Nor Fazira ( Selangor ) Pemenang Pingat Perak