Dato Panglima Seri Kundan
Bicara Sidang Penulis
Bismillahirrahmannirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan lagi Maha Mengasihani. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya maka satu lagi sejarah panglima Islam dahulu kala dapat dicungkil kisah dan riwayatnya dan dizahirkan kepada sekalian umat di zaman ini untuk dijadikan renungan dan pedoman hidup. Tidak dapat dinafikan ramai panglima-panglima Islam di masa lalu tidak di kenali oleh masyarakat sekarang. Perkara ini bukanlah berpunca daripada tiadanya bahan bukti atas sumbangan mereka dalam peredaran sejarah. Namun hakikat yang sebenarnya, nama mereka tiada dicatit di dalam mana-mana hikayat sejarah! Mengapa? Adakah kerana nama mereka tidak layak di abadikan di dalam sejarah ? Atau mungkin sumbangan mereka terlalu kecil untuk di kenang oleh anak cucu mereka? Sama-samalah kita fikirkan jawapannya nanti di akhir lembaran ini.Insyaallah.
Alhamdulillah,saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah diberi kesempatan untuk mencoret sedikit sebanyak riwayat seorang panglima Islam yang telah lama hilang dan tercicir dicatat namanya di dalam lembaran sejarah Islam Nusantara. Panglima yang saya maksudkan ialah Dato Panglima Seri Kundan. Terlalu banyak rintangan yang telah saya lalui ketika menulis riwayat panglima Islam yang terkenal ini. Namun atas dorongan dan sokongan keluarga, guru utama dan sahabat seguru yang lain maka akhirnya terzahirlah satu lagi kisah yang telah lama terpendam “di lubuk mutiara sakti”
Riwayat ini adalah berdasarkan 50 % hasil daripada rujukan-rujukan sejarah dan 50% lagi adalah hasil daripada suluhan dan pengamatan saya yang masih lemah dan tidak sempurna dan juga pemantauan dari Guru Utama perguruan iaitu Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman. Apapun jika sudah ditakdirkan oleh Allah SWT maka saya tidak dapat lari daripada tanggungjawab untuk menyingkap kembali sejarah panglima Islam ini. Saya yakin dan percaya setiap insan memiliki kelebihan yang Allah SWT telah berikan. Dan setiap kelebihan itu diiringi oleh tugas dan amanat yang perlu dilaksanakan. Wallalhuallam.
Pengenalan
Sejarah riwayat Dato Panglima Seri Kundan berlaku di sekitar awal tahun 1600 – 1690 masihi di wilayah Cikoang-Makkasar dan juga di wilayah Bima. Tidak banyak yang dapat diketahui akan kewujudan panglima Islam ini di dalam lembaran sejarah Islam di sekitar Nusantara. Namun apa yang yang lebih menonjol dan ketara dalam pengetahuan ilmuan Islam (yang tercatit dalam sejarah) ialah berkenaan riwayat ayahanda beliau dan juga sumbangan serta jasa beliau dalam menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa sekitar abad ke-17.
Mengikut Kitab Pusaka Sri Gayong Panglima Ulung, Dato Panglima Seri Kundan adalah salah seorang anakanda kepada Sayyid Jalaluddin bin Muhammad Wahid Bafaqih Al-Aidid. Ibu beliau (nenda kepada Dato Panglima Seri Kundan) ialah Syarifah Khalisah bin Alwi Jamalullail iaitu puteri kepada Sultan Iskandar Muda Makhota Alam. Sultan Iskandar Muda Makhota Alam yang juga merupakan keturunan Hadramaut yang masih berketurunan langsung dari Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Ra, puteri dari Rasulullah Saw. Lebih tepat adalah keturunan yang ke-29 dari Nabi Muhammad Saw. Sila rujuk jadual di bawah:
Table 1
| |
The Genealogy of Sayyid Jalaluddin al-‘Aidid
| |
1. The Prophet Muhammad
|
16. Sayyid Muhammad Shahib Marbad
|
2. Fatimah az-Zahra
|
17. Sayyid Alwi
|
3. Sayyid Amir al-Mu'minin Imam al-Husein
|
18. Sayyid Faqih Abdurrahman
|
4. Sayyid Ali Zainal Abidin
|
19. Sayyid Faqih Ahmad
|
5. Sayyid Muhammad Baqir
|
20. Sayyid Abdullah
|
6. Sayyid Ja'far as-Shadiq
|
21. Sayyid Muhammad
|
7. Sayyid Ali al-Uraidi
|
22. Sayyid Ali al-Huthoh
|
8. Sayyid Muhammad an-Naqib
|
23. Sayyid Abdullah al-'Aidid
|
9. Sayyid Isa Ahmad al-Muhajir
|
24. Sayyid Umar al-'Aidid
|
10. Sayyid Ahmad al-Muhajir
|
25. Sayyid Ali al-'Aidid
|
11. Sayyid Abdullah (Ubaydillah)
|
26. Sayyid Muhammad al-'Aidid
|
12. Sayyid Alwi
|
27. Sayyid Abu Bakar al-'Aidid
|
13. Sayyid Muhammad
|
28. Sayyid Muhammad Wahid al-'Aidid
|
14. Sayyid Alwi
|
29. Sayyid Jalaluddin al-'Aidid
|
15. Sayyid Ali Khala' Ghasam
| |
Rujukan:
|
Adlin Sila, Gender and Etnicity in Sayyid Community
|
Bonda kepada Dato Panglima Seri Kundan ialah Daeng Tami binti Sultan Abdul Kadir (Karaengta ri Bura’ne) Bin Sultan Alauddin, seorang puteri bangsawan yang masih mempunyai darah kerajaan Gowa. Jika dilihat dari segi latarbelakang keluarga ayahanda dan bonda Dato Panglima Seri Kundan adalah dari golongan orang-orang bangsawan dan juga orang-orang sufi. Ayahanda beliau (Sayyid Jalaluddin)pernah dilantik sebagai Mufti kerajaan di Makkasar dan juga orang yang bertanggujawab memperkenalkan sambutan perayaan ‘Maulud’ Nabi atau ‘Maudu Lompoa’ di daerah Cikoang. Beliau juga merupakan salah seorang guru agama yang terawal kepada tokoh ilmuan sufi yang sangat terkenal iaitu Sheikh Yusuf.
Bonda Dato Panglima Seri Kundan pula jika dilihat dari segi kelebihannya ialah memiliki banyak ilmu kesaktian yang diwarisi daripada ayahandanya(Sultan Iskandar Muda Makhota Alam). Sultan Iskandar Muda dilahirkan di Aceh pada tahun 1593. Baginda merupakan sultan yang pernah memerintah kerajaan Aceh.Sultan Iskandar Muda yang digelar Marhum Mahkota Alam ini menjadi Sultan Aceh pada tahun 1607 sehingga 1636.Baginda mangkat di Aceh pada 27 Disember 1636 dan dimakamkan di Banda Aceh. Baginda merupakan seorang pemerintah yang berpegang teguh pada ajaran Islam dan mentadbir negara dengan berlandaskan undang-undang Islam. Tidak hairanlah di zaman pemerintahan baginda, kesultanan Acheh telah mencapai kemajuan dan kemahsyuran yang sangat gemilang.
Berdasarkan sedikit sebanyak latarbelakang kedua ibubapa Dato Panglima seri Kundan, ternyata beliau memiliki sejarah keturunan yang hebat dan sebahagiannya telah banyak memeberi kesan kepada pembangunan dan penyebaran Islam sehingga kini. Akan tetapi, bagamana pula dengan peranan Dato Panglima Seri Kundan dalam sejarah Islam? Apakah ada penafian dalam kewujudan dan sumbangan beliau kepada masyarakat Islam pada masa itu? Kita susuri dahulu sejarah kehidupan beliau satu persatu.Insyaallah.
Kelahiran
Dato Panglima Seri Kundan dilahirkan pada tahun 1620, 12 Rabiulawal di sebuah daerah bernama Cikoang. Kelahiran beliau disambut meriah oleh keluarga dan masyarakat setempat. Tarikh kelahiran(merujuk kepada bulan Islam) beliau juga adalah sama dengan tarikh sambutan maulud nabi yang pada masa itu masih lagi baru diamalkan oleh masyarakat setempat. Oleh sebab itu kelahiran beliau dianggap istimewa dan mereka percaya suatu masa nanti beliau akan membawa sinar kepada penduduk di kawasan daerah Cikoang. Beliau telah diberi nama Sayyid Umar oleh ayahanda beliau. Umar membawa maksud kepada beberapa makna. Di antaranya ialah panjang umur, anak lelaki yg pertama,berhemah tinggi dan juga merupakan nama besar kepada khalifah Islam yg kedua iaitu Saidina Umar Al Khatab.
Assalamualaikum. ..
ReplyDeleteafwan selaku dzurriyah /keturunan beliau, kami menolak salasilah yg dimaksud diatas, karena salasilah ini begitu rancu penyusunannya tak sesuai dengan salasilah asli keturunan Sayyid Jalaluddin bin Muhammad Aidid sementara waktu kedatangan datuk syekh sayyid jalaluddin di makassar & cikoang itu tahun 1630-an jadi tidaklah mungkin sayyid umar terlahir sebelum tahun itu (1620).