phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

LAGU GELANGGANG ADAT SENIKATA AL FAQIR GURU UTAMA





NYANYIAN DARI UMI PERGURUAN DAN LIRIK DARI GURU UTAMA
BUAT ANAK-ANAK PERGURUAN

LIRIK
GELANGGANG ADAT

Jari disusun (2x) Bak serai serumpun
Gong dan gendang (2x) pencak dan tari
Adat melayu (2x) tingkah disusun 
Tua belia (2x) sama berseri

Gelanggang tempat (2x) berhimpun Gayong
Mutiara emas (2x) warisan ulung 
Pusakan seri (2x) gayong panglima ulung 
Harum mewangi (2x) melimpah ruyung

Jari jemari (2x) eloknya bertasbih 
Mata berkedip (2x) memohon ampun
Berkat Thoharah (2x) Qalbu yang bersih 
Pencak Gayong (2x) dikarang disusun

Pencaklah Gayong (2x) ikut martabat 
Wirid lagunya (2x) di Qalbu insane 
Warisan Ulama (2x) dan para sahabat
Mendaulat Agama (2x) dipesanlah pesan

Kitalah bangsa (2x) bangsa di Timur 
Baiklah budi (2x) baik santunnya
Laku beradap (2x) selengkar umur
Sahabat seteru (2x) siasat khabarnya

Menjunjung budi (2x) kerana Agama
Menjunjung kasih (2x) kerana ikhlasnya
Pintulah Gayong (2x) Makrifat Ulama'
Qalbu nan suci (2x) mahligai Gayongnya 

Gelanggang tempat (2x) berhimpun gayong
Mutiara emas (2x) warisan Ulung
Pusaka Seri (2x) Gayong Panglima uLung
Harum mewangi (2x) melimpah ruyung

Pencaklah Gayong (2x) ikut martabat 
Wirid lagunya (2x) di Qalbu insan 
Warisan Ulama' (2x) dan para sahabat
Mendaulat Agama (2x) dipesanlah pesan




0 comments: