phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

ANAK-ANAK PERGURUAN MENGGEGARKAN KEJOHANAN SUKMA PAHANG 2012 !!!

SUKMA PAHANG 
10 July 2012 - Mohamad Fauzi dan Nor Fazira ( Selangor ) Pemenang Pingat Perak SUKMA XV Pahang - Katagori Silat Seni. Ameruddin pula berjaya mendapat pingat Gangsa bagi kategori silat olahraga Kelas A putera meskipun tewas beliau dapat menyaingi pesilat Pahang(Tuan rumah). Diharap dengan kejayaan ini dapat memberi motivasi dan penggerak bahawa kita juga boleh berjaya . Semoga lebih ramai lagi anak-anak perguruan Sri Gayong Panglima Ulung menyertai kejohanan dimasa akan datang dan menaikkan nama perguruan diperingkat antarabangsa Insyallah...

 SUKMA DI PAHANG XV :
 Keputusan yang dimenangi oleh anak-anak Perguruan Sri Gayong Panglima Ulung :
1. Solo Jurus Tunggal Puteri - Nur Fazira (Selangor)
2. Solo Kreatif Puteri- Nur Fazira (Selangor)
3. Solo Kreatif Putera - Muhd. Fauzi (Selangor)
4. Olahraga Kelas A Putera - Ameruddin (Perlis)


Tahniah kepada Mohamad Fauzi dan Nor Fazira ( Selangor ) Pemenang Pingat Perak
Ameruddin Pesilat Sri Gayong Panglima Ulung yang mewakili negeri Perlis.





Sokongan pihak Majlis Tertinggi Perguruan di SUKMA 2012








Anak Sri Gayong Panglima Ulung mula membuktikan keUnggulan di Pentas SUKMA - peringkat Kebangsaan. Semoga ada yg mampu mewakili Negara di masa depan. Tahniah!


4 comments:

  1. SUKMA DI PAHANG XV :keputusan silat seni yg dimenangi oleh anak2 Perguruan Sri Gayong Panglima Ulung;
    1. Solo Jurus Tunggal Puteri - Nur Fazira (Selangor)
    2. Solo Kreatif Puteri- Nur Fazira (Selangor)
    3. Solo Kreatif Putera - Muhd. Fauzi (Selangor)

    ReplyDelete
  2. Tahniah anak muridku yg mendapat pingat emas kategori solo puteri...

    ReplyDelete
  3. Teruskan tingkat kemahiran, terus berjuang utk jadi lebih baik...teruskan berlatih.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Perguruan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung... usaha anak-anak perguruan yg tekun dan taat setia menyebabkan Perguruan mula bangkit serta di kenali di Peringkat SUKMA di Pahang 2012. Dalam masa singkat anak perguruan sudah mula bertapak. Difahamkan bukan shj kebangkitan di Selangor ttp anak perguruan juga mula bertapak di Perak dan Perlis! Medan pertembungan anak2 perguruan di peringkat Kebangsaan amat ditunggu2 oleh semua ahli. Walaupun nampak kebangkitan menyerlah anak2 perguruan Selangor yg mencabar / beri saingan hebat kepada pesilat2 SUKMA tp ahli2 di Perak dan Perlis juga turut menyusul dengan kebangkitan baru. Semoga Ahli2 Perguruan di semua negeri bangkit untuk mendapat tempat di SUKMA akan datang.... Go Panglima Ulung Go! kita masih menunggu anak2 perguruan di Terengganu sama2 berada dalam era kebangkitan ini!

    ReplyDelete