phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

Festival Seni Silat Terbuka Perlis bagi merebut Piala Menteri Besar Perlis 2015


Remaja Digesa Sertai Silat, Penuhi Masa Terluang - Azlan

KANGAR 1 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menasihatkan golongan remaja agar mendalami ilmu persilatan yang memberi kebaikan daripada membuang masa tanpa tujuan.

Katanya ilmu persilatan mendidik pengamalnya mendisiplin diri, sabar serta tenang dalam menghadapi cabaran atau dugaan selain membina keperibadian mulia.

"Untuk menjadi pewaris bangsa dan negara, golongan remaja hendaklah sedar nilai yang perlu ada dalam diri mereka," kata Azlan pada perasmian Festival Seni Silat Terbuka Perlis bagi merebut Piala Menteri Besar Perlis 2015 di Dewan Rakan Sukan Majlis Sukan Negeri (MSN) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri merangkap Naib Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Perlis, Abdul Jamil Saad.

Menurut Azlan, dalam zaman moden sekarang wujud pelbagai bentuk ancaman yang mempengaruhi remaja sehingga ramai tersasar dan terpengaruh dengan budaya barat.

"Saya yakin mendalami ilmu persilatan mampu menjadi perisai yang dapat menangkis budaya songsang dan sebaliknya remaja akan lebih cintakan negara," tambahnya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Jamil berkata sebanyak 260 peserta berumur antara 6 tahun dan 20 tahun dari seluruh negara menyertai kejohanan tiga hari itu yang julung kali diadakan.

Katanya kejohanan itu merupakan persiapan negeri mencari pesilat untuk bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun depan.

-- BERNAMA

sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1140031

0 comments: