phone: +60 13-456 7365
Hisyam Shamsudin SU Persatuan

PERKEMBANGAN TERKINI PPSSGPUM




1. Jawatankuasa  Kebangsaan 2016 kekal dengan beberapa perubahan:

YDP Kebangsaan   :  En. Nor Suhaili B. Aman

Penolong Setiausaha: Pn. Siti Sharina Bt. Hadzir

Wakil-Wakil Negeri:
1. Perlis -  Pn. Normila
2. Perak -  En. Shaharulnizar
3. Kuala Lumpur  -  En. Wan Muhammad Faisalludin
4. Negeri Sembilan -  En. Jamirul Aspar Bin Arshad
5. Johor -  En. Yusuf Yaacob
6. Pahang -  En. Khairul
7. Sabah -  En. Malieki

AJK ICT
1. En. Hasbullah
2. En. Yusof Yaacob
3. En. Azim


Jawatankuasa Negeri Perak

YDP Negeri Perak : En. Kamarudzaman B. Ahmad Ghazali

Surat perlantikan jawatan menyusul.


2. PPSSGPUM akan mewujudkan sistem database bagi memudahkan penyimpanan rekod ahli-ahli seluruh Malaysia. Sistem ini akan di kendalikan oleh Cikgu Siti Sharina (Penolong SU). Tarikh tutup untuk batch pertama ialah pada 28/2/2016 (Ahad).

3. Untuk tabung kewangan kebangsaan, setiap gelanggang di minta menyumbangkan RM2-00 setiap ahli di kutip dari yuran tahunan.

4. Yuran Kem Tahunan bermula Tahun 2016 di naikkan kepada 
RM75-00 untuk menampung kos kenaikan harga barang dan lain-lain.

5. Projek Buku Siri Ke-2 akan di kendalikan oleh PPSSGPU Selangor. Setiap ahli di galakkan menyumbang idea.

6. Bermula Tahun 2016, YDP Negeri atau Daerah perlu memohon Sijil-Sijil berikut daripada SU Kebangsaan sebagai pengiktirafan dari PPSSGPUM untuk membuka Gelanggang baru:

    i.  Sijil Gelanggang
    ii. Sijil Jurulatih

Ini berikutan ada gelanggang yang menggunakan nama Persatuan.

7. Dewan Kejurulatihan akan menyelaraskan semua silibus latihan silat
persatuan. Semua Jurulatih Negeri dan Daerah di minta berhubung dengan Cikgu Muhammad Norhisyam No H/P 013-456 7365 untuk mendapatkan silibus baru. Begitu juga dengan bentuk dan saiz bengkung yang baru.

8. Dewan Srikandi

Dewan Srikandi di wujudkan bagi menjaga hal ehwal wanita di dalam Persatuan. Berikut adalah Jawatankuasa yang di lantik:

Pengerusi :  Pn. Dr Hjh. Hairani Bt Haris (Umi Perguruan)

Timb. Pengerusi  :  Pn. Siti Sharina Bt Hadzir

Setiausaha :  Pn. Syahida Bt Suffian

AJK yang lain akan di lantik oleh Umi Perguruan.

9. Takwim PPSSGPUM 2016

    i. Kem Siri 1 (Pertandingan) Tarikh: 28-30 Mei 2016

    ii. Majlis Berbuka Puasa & Qiyamullail Bersama Guru Utama 2016 Tarikh: 02 Julai 2016

    iii. Majlis Qiyamullail Malam Aidilfitri Tarikh: 05 Julai 2016

    iv. Majlis Qiyamullail Malam Aidiladha Tarikh: 11 September 2016

    v. Majlis Korban PPSSGPUM 2016 Tarikh: 12 September 2016

    vi. Kem Siri 2 Tarikh: 10-12 Disember 2016

Semua ahli di jemput hadir pada Majlis-Majlis yang akan di adakan nanti.

Sekian makluman untuk semua ahli PPSSGPUM. Selamat berjuang dan beramal.


SUMBER DARI HELMI FADZIL

0 comments: